75) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan cerun Kelas III dan IV yang ditolak permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Senaraikan pula yang diluluskan permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Bagi b), berapakah permohonan yang diluluskan setiap tahun dari 2008 - 2012.
75) PROGRAM BELIA DAN ANAK MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah peluang pekerjaan disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri kepada Belia?
-
Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti perlu menganggung yuran tinggi anak-anak di tadika dan taska?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina Pusat Kegiatan Belia di semua DUN?
75) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Terdapat penduduk tempatan mengadu bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberitahu beliau bahawa MDHS ÒTiada Peruntukan Yang CukupÓ untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan. Berapakah Cukai Taksiran yang dikutip oleh MDHS pada tahun 2012?
-
Mengapakah MDHS menghadapi masalah peruntukan yang cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk?
-
Bagaimanakah MDHS menggunakan Hasil Cukai Taksiran untuk menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan masalah penduduk tempatan?
75) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu
75) DANA PERTUBUHAN AGAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan jumlah dana yang telah diberikan kepada rumah-rumah ibadah mengikut DUN bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Apakah prosedur bagi memohon dana tersebut?
-
Apakah syarat-syarat utama bagi pembinaan sesebuah rumah-rumah ibadat yang baru?
75) KEBAJIKAN GOLONGAN MARHAEN DARI 2008
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah penerima, jumlah sumbangan dan jenis sumbangan dari JKM (Negeri dan Pusat) untuk DUN Selat Klang
75) KADAR PENCERAIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Kadar penceraian pasangan Islam di Selangor pada tahun 2014 berbanding 2013?
-
Punca terbesar yang dapat dikenalpasti menjadi punca penceraian?
75) TAMAN SUBANG RIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan mewartakan Taman Subang Ria di Subang Jaya sebagai kawasan hijau?
-
Adakah ratio kawasan hijau di Subang Jaya mencukupi dan jika tidak, nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya?
75) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 ribu untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Namun terdapat perubahan kaedah penyaluran peruntukan. Sebelum ini Pejabat Daerah dipertanggungjawabkan membayar terus kepada pembekal. Namun kini ia telah diubah dengan wang peruntukan disalurkan oleh pejabat Daerah kepada Pusat Perkhidmatan DUN, dan Pusat tersebut yang membayar kepada pembekal. Apakah rasional perubahan ini?
75) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan premis-premis Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan sistem SPAH?
-
Sejauh manakah sistem SPAH dapat mengurangkan kos dan menjimatkan jumlah air mengikut senarai projek yang telah dijalankan?
