75) HALAL HUB
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bilakah Halal hub Selangor akan mula dilaksanakan?
-
Apakah peranan UNISEL dalam usaha ini?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Selangor?
75) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu
75) PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DAN BINA BARU RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakan Kerajaan Negeri membuat program baik pulih rumah dan bina baru rumah untuk golongan miskin tegar?
-
Jika ada, mohon senarai penerima mengikut kampung-kampung dalam kawasan DUN Jeram.
75) CARUMAN KUBUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah caruman kubur Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2006- 2014.
-
Senaraikan jumlah caruman kubur yang telah disalurkan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2006-2014
-
Senaraikan permohonan dan projek yang telah diluluskan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menggunakan caruman kubur bagi tahun 2008-2014.
75) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan cerun Kelas III dan IV yang ditolak permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Senaraikan pula yang diluluskan permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
-
Bagi b), berapakah permohonan yang diluluskan setiap tahun dari 2008 - 2012.
75) PROGRAM BELIA DAN ANAK MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah peluang pekerjaan disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri kepada Belia?
-
Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti perlu menganggung yuran tinggi anak-anak di tadika dan taska?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina Pusat Kegiatan Belia di semua DUN?
75) BANTUAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2014 mengikut daerah?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan penerima bantuan kemiskinan di Selangor?
75) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Terdapat penduduk tempatan mengadu bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberitahu beliau bahawa MDHS ÒTiada Peruntukan Yang CukupÓ untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan. Berapakah Cukai Taksiran yang dikutip oleh MDHS pada tahun 2012?
-
Mengapakah MDHS menghadapi masalah peruntukan yang cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk?
-
Bagaimanakah MDHS menggunakan Hasil Cukai Taksiran untuk menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan masalah penduduk tempatan?
75) KAJIAN PEREMAJAAN BANDAR (URBAN REGENERATION)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian berkaitan perlaksanaan Peremajaan Bandar (Urban Regeneration)?
75) PROJEK PEMBANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Mengenai kelulusan pembangunan EXCO MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?
-
Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?
-
Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?
