75) PROGRAM PENINGKATAN HASIL PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan untuk terus meningkatkan hasil padi Selangor?
-
Berapa peruntukan untuk melaksanakan program ini?
-
Sejauh mana perlaksanaan 'rice check' dilaksanakan oleh petani untuk meningkatkan hasil padi
75) PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DAN BINA BARU RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakan Kerajaan Negeri membuat program baik pulih rumah dan bina baru rumah untuk golongan miskin tegar?
-
Jika ada, mohon senarai penerima mengikut kampung-kampung dalam kawasan DUN Jeram.
75) KAJIAN PEREMAJAAN BANDAR (URBAN REGENERATION)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian berkaitan perlaksanaan Peremajaan Bandar (Urban Regeneration)?
75) CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Pemilik strata mengalami kenaikan cukai sebanyak 190% setiap meter persegi selepas penukaran sistem cukai tanah kepada sistem cukai petak. Adakah terdapatnya kesediaan untuk mengkaji semula sistem cukai petak untuk memastikan jumlah yang dikenakan mencerminkan saiz meter persegi setiap petak?
75) BANTUAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2014 mengikut daerah?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan penerima bantuan kemiskinan di Selangor?
75) SOKONGAN TERHADAP PENERANGAN DI PERINGKAT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri terhadap penyebaran Selangor Kini dan Selangor Times serta penyiaran TV Selangor dan Radio Internet di peringkat DUN?
-
Apakah program-program penerangan Kerajaan Negeri melalui saluran institusi dan agensi Kerajaan Negeri yang terdapat di kawasan-kawasan DUN seluruh Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan melalui pusat-pusat khidmat ADUN?
75) BANTUAN KEMATIAN WARGA EMAS RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria / syarat untuk permohonan / tempat dan alamat untuk memohon dan lain - lain yang berkaitan kerana rakyat tidak jelas dengan bantuan ini.
75) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan miskin serta peluang yang mereka boleh perolehi untuk mengubah nasib mereka?
75) RANCANGAN MALAYSIA KE-11
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara dan membaikpulih stadium-stadium mini di Selangor?
-
Apakah perancangan untuk memaksimakan kemudahan sukan bagi Stadium Mini Sabak yang masih luas kawasannya.
75) GERAN ‘SELANGORKU’
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak telah kerajaan membelanja untuk program ÒSelangorkuÓ di Kuala Selangor pada bulan Mac yang lalu?
-
Senaraikan semua pembekal yang terlibat dalam program ini termasuk nama pembekal, barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan, jumlah wang yang dibayar serta tarikh bayaran dilakukan.
