73) LESEN HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan lesen dan premis hiburan yang diluluskan mengikut PBT-PBT?
-
Apakah bilangan pusat-pusat hiburan tanpa lesen yang dapat dikesan mengikut PBT PBT dan apakah langkah untuk menghapuskan pusat-pusat tersebut.
73) TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi tanah yang telah digazetkan untuk tujuan rumah ibadat bukan Islam mengikut pecahan PBT seperti disyaratkan oleh Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Perkara KM 4-3 bagi tahun 2008-2011.
73) SISTEM E-ADUAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Terdapatnya masalah kenalpasti pihak yang patutnya bertanggungjawab terhadap aduan lubang jalan, lampu jalan yang tidak berfungsi atau masalah-masalah lain semasa rakyat jelata ingin membuat aduan terhadap masalah-masalah tersebut, terutamanya kawasan-kawasan yang berada di sempadan antara dua PBT. Masalah ini bertambah serius semasa semua PBT tiada satu sistem yang sama untuk menerima aduan. Hal ini menyebabkan ahli-ahli majlis menjadi orang tengah yang menguruskan aduan dan masa yang boleh digunakan oleh mereka untuk membuat polisi telah dikurangkan. Adakah Kerajaan Selangor berhasrat untuk mengeluarkan satu aplikasi atau sistem untuk menyelaraskan semua aduan PBT demi memudahkan kaedah PBT-PBT menerima aduan daripada rakyat?
73) KESAN GOODS & SERVICES TAX (GST)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam menghadapi tahun 2015 apabila dilaksanakan GST, khususnya bagi rakyat yang menjadi pengguna?
-
Jelaskan di mana dalam Belanjawan 2015 diperuntukkan wang bagi meredakan kesan GST?
73) EKONOMI GLOBAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Suasana ekonomi global yang tidak menentu menuntut Kerajaan Negeri untuk lebih berhemah dalam berbelanja tetapi itu tidak bermakna kebajikan rakyat diketepikan. Jelaskan strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat tidak terabai walaupun dilanda masalah ekonomi yang tidak menentu sekarang.
73) PROJEK SAMBUNGAN TEBATAN BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek sambungan tebatan banjir di 13 kawasan di Selangor?
-
Adakah terdapat peruntukan tambahan untuk projek tersebut?
73) KOLAM AIR UNTUK SUBANG JAYA DAN USJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kolam air dan water tower di Subang Jaya dan USJ dan lokasi setiap satu.
-
Sila nyatakan kapasiti setiap kolam air dan water tower.
-
Sila bekalkan pecahan kolam air dan water tower yang berfungsi dan tidak berfungsi.
73) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pendakwaan kepada pihak-pihak yang menyebabkan pencemaran sungai sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air pada September dan Oktober tahun lepas?
73) SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah penduduk Kg Rimba Jaya dan Kg Berembang diberi unit-unit kediaman mampu milik setelah dikembalikan hak memiliki rumah kepada mereka?
-
Berapakah GDV (Gross Development Value) bagi kedua-dua projek pembangunan Kg Rimba Jaya dan Kg Berembang?
-
Apakah tahap-tahap kemajuan pembangunan projek Bukit Botak sehingga membolehkan seluruh 1,406 orang penduduk berpindah ke unit-unit kediaman masing-masing?
73) PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha atau langkah Kerajaan Negeri untuk membantu menambahbaik perkhidmatan Pusat Khidmat DUN memandangkan kini wujud pertambahan beban tugas dan tanggungjawab di kalangan staf khususnya melibatkan proses pentadbiran dan pengurusan pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Negeri Selangor?
