72) JUMLAH TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah milik Kerajaan Selangor yang digazetkan sebagai hutan simpanan kekal ?
-
Berapakah bilangan yang diluluskan untuk permohonan TOL dan geran milik kekal sepanjang tahun 2008 hingga 2011 ?
72) PEMBAYARAN CAJ LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Perak telah melancarkan aplikasi pintar letak kereta, iaitu Park@Perak demi memudahkan cara pembayaran caj letak kereta di seluruh negeri, adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk berbuat demikian juga?
72) BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah LZS memastikan bahawa penerima bantuan asnaf zakat Selangor adalah yang berkelayakan dan bukan yang dipalsukan?
-
Apakah tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf yang memalsukan maklumat mereka?
72) TADIKA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan yang diluluskan untuk pembinaan Tadika Rakyat?
-
Nyatakan kriteria pemilihan tapak Tadika Rakyat. Senaraikan Tadika Rakyat yang tela dikenal pasti dan anggaran kos bagi setiap satu.
-
Apakah prosedur bagi permohonan membina Tadika Rakyat di sesuatu kawasan?
72) WIFI SELANGORKU UNTUK PANGSAPURI SRI TANJUNG USJ16
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudi memasang kemudahan Wifi Selangorku untuk Pengsapuri Sri Tanjung di USJ 16?
72) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan TKPM di Selangor?
-
Apakah objektif dan matlamat kerajaan negeri mewujudkan TKPM?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi menjayakan TKPM?
72) RUMAH PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kawasan perumahan yang mampu didiami oleh golongan berpendapatan rendah?
72) PEMBANGUNAN PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang telah berjaya diselesaikan melalui pembangunan semula perumahan Bukit Botak bagi kelompok yang pertama, walau bagaimanapun masih ada fasa pembangunan rumah kos rendah yang terbengkalai. Berapa ramai setinggan Bukit Botak yang di tawarkan rumah kos rendah yang terbengkalai?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan pembangunan perumahan kos rendah setinggan Bukit Botak yang terbengkalai ini?
72) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kehadiran pengunjung ke perpustakaan awam dari 2014-2016
-
Senaraikan program yang dilaksanakan pada tahun 2016 bagi menarik kehadiran pengunjung.
72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?
-
Mengapa tiada usaha ke arah pembinaan masjid baru tersebut sehingga hari ini?
-
Adakah kutipan derma masjid masih dijalankan dan siapakah yang memegang amanah Tabung Pembinaan masjid baru berkenaan?
