77) TAPAK GANTI KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan permohonan pembatalan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar di Jalan PJS 7/13 dan pengesyoran tapak gantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di atas Lot 64681, PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya yang dikemukakan oleh MPSJ?
77) SEKOLAH RENDAH AGAMA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah bilangan SRA Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu SRA ?
-
Sila perjelaskan apakah perkembangan terkini permohonan membina bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan ?
77) PEMILIKAN TANAH DI DAERAH HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meletakan fungsi penglibatan ADUN di dalam jawatankuasa tanah daerah supaya cadangan atau maklum balas yang di sampaikan dapat di ambil pandangan dalam setiap proses kelulusan tanah?
77) KONSULTAN-KONSULTAN MES (RMSB & TAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah skop kerja atau tanggungjawab konsultan-konsultan MES? Sila nyatakan secara terperinci bagi RMSB dan TAWAS
-
Berapakah bilangan staf dalam RMSB dan TAWAS?
-
Berapa banyakkah yang dibayarkan kepada RMSB dan TAWAS sebulan sebagai konsultan MES? Sila nyatakan secara terperinci.
77) PEMBIAYAAN TERHADAP ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri didapati membiayai kos rawatan dan guaman masalah peribadi melibatkan ADUN-ADUN pihak kerajaan. Siapakah yang telah dibiayai dan kos yang telah dikeluarkan?
-
Adakah dari sudut moral dan etika, adakah kerajaan negeri patut membiayai kos-kos tersebut?
-
Apakah kesan positif kepada rakyat hasil daripada tindakan tersebut?
77) PEKERJA AWAM DAN SWASTA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pekerja awam dan swasta mengikut sektor di Selangor?
-
Apakah program untuk mereka yang masih bekerja?
77) KONTRAKTOR & PROJEK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri akibat dari kegagalan kontraktor mengikut spesifikasi projek?
-
Berapa peratuskah kontraktor yang telah disenaraihitamkan akibat dari kegagalan mengikut spesifikasi dan tindakan yang diambil?
77) ANJING LIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan jumlah anjing liar?
-
Nyatakan tindakan yang telah kerajaan negeri laksanakan dari 2008 hingga 2014 untuk mengurangkan bilangan anjing liar?
77) JUMLAH PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN PASANGAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perkahwinan dan penceraian pasangan Islam di Selangor untuk tempoh 2014-2016?
-
Sebanyak mana pula perkahwinan gadis bawah umur yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Syariah di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan untuk membantu pasangan-pasangan yang berhadapan dengan masalah untuk bercerai?
77) KUMPULAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan siapakah lembaga pengarah, kumpulan pengurusan dan pemegang saham Kumpulan Worldwide serta anak-anak syarikatnya?
-
Apakah perniagaan teras Worldwide serta anak-anak syarikatnya?
