77) BANTUAN BANJIR DAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk bantuan banjir dan bencana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Mohon senaraikan penerima bantuan banjir yang melanda kampung-kampung dalam DUN Jeram pada akhir tahun lepas dan bentuk bantuan yang diterima.
77) CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA DAN ANAK YATIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang terdapat di Negeri Selangor sehingga kini mengikut daerah-daerah
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai caruman Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang telah disenaraikan seperti di atas?
-
Sila senaraikan jumlah peruntukan kewangan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
77) LANGKAH YANG DIAMBIL KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah denggi selain gotong royong atau fogging?
77) SYARIKAT BILLBOARD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor
-
Sila senaraikan pengusaha/syarikat billboard yang dikategorikan bermasalah
77) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?
-
b) Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
77) PEJABAT MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur dan perjawatan dalam Pejabat Menteri Besar?
-
Apakah fungsi dan skop kerja setiap pegawai yang terbabit?
-
Berapakah gaji / elaun pegawai terbabit serta pihak mana yang membiayainya?
77) TASKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan majikan di Negeri Selangor menyediakan taska di tempat kerja?
-
Apakah penambah baikan terhadap program Asuh Pintar yang telah dilaksanakan sejak dijenamakan semula pada tahun 2018?
77) MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat terutama pasca Covid-19 ini?
-
Bagaimanakah program dan kursus kemahiran baru atau program seperti PWB boleh dipanjangkan juga kepada kaum bapa dalam meningkatkan ekonomi keluarga?
77) INSTITUT PEMBERDAYAAN PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Peruntukan Institut tersebut telah digunakan untuk program/pengurusan (jika ada)?
-
Senarai jawatankuasa yang terlibat di dalam mengurus institut tersebut?
-
Sejauh manakah rancangan-rancangan yang telah dibuat oleh Institut tersebut dalam usaha membedayaan kaum pekerja?
77) PROGRAM BLUE PRINT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan keseluruhan bagi Daerah Sabak Bernam antara 2013 hingga Jun 2017?
-
Nyatakan jumlah yang diterima dan yang ditolak dan yang sedang dalam proses
