83) PEMBANGUNAN KG FAJAR, HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah penyelesaian muktamad pembangunan Kg Fajar?
-
Apakah syarat-syarat pembangunan Kg Fajar agar peneroka bandar yang telah menetap di situ lebih 60 tahun dapat hidup dengan selesa?
-
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan sekiranya pembangunan ini perlu kepada usahasama antara syarikat pemaju swasta dengan GLC Selangor?
83) POHON GERAN KEKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pemilik perumahan di Bandar Baru Bangi mendesak melalui ADUN agar hartanah mereka ditukar dari hakmilik selama 99 tahun kepada geran hak milik kekal. Apakah polisi pemilikan tanah di negeri Selangor.
-
Berikan jenis-jenis status pemilikan tanah.
-
Adakah kemungkinan diberi status pemilikan kekal bagi pemilik-pemilik hartanah di Bandar Baru Bangi dan lain-lain?
83) KESELAMATAN DALAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kadar jenayah yang semakin meningkat di Selangor terutamanya di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang?
-
Adakah faktor keselamatan dalam negeri menjejaskan kadar pelaburan di Selangor? Sila berikan butir-butir.
83) PEMBINAAN MASJID CINA ISLAM DI BANDAR BARU KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tentang pembinaan masjid Cina Muslim yang diperuntukkan RM2.5 juta yang bakal dibina pada tahun 2019 di Bandar Baru Klang?
83) RANCANGAN PELAN STRATEGIK TRAFIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian pelan strategik trafik alternatif bagi sekitar Bandaraya Petaling Jaya, Damansara dan Puchong setelah kononya projek membina Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) dibatalkan
83) PENUKARGANTIAN PAIP AIR BARU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan projek penggantian paip air lama yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 sehingga sekarang mengikut DUN, dan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk setiap projek.
-
Senaraikan kerja-kerja terjadual untuk menggantikan paip mengikut DUN pada tahun 2020.
83) KONTRAKTOR JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan senarai kesemua 48 kontraktor yang telah dilantik untuk menyelenggara jalan-jalan JKR di Selangor untuk lima tahun yang akan datang serta peruntukan yang diberi kepada setiap kontraktor ini
83) PELAN INDUK SUMBER AIR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah objektif, kerangka dan mekanisme utama di dalam pembangunan Pelan Induk Sumber Air Negeri Selangor?
83) PEMBANGUNAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil untuk menunaikan janjian YAB DatoÕ untuk membangunkan ekonomi Hulu Selangor terutamanya di Bukit Beruntung?
-
Adakah Kerajaan akan mengurangkan cukai pintu supaya menggalakkan kegiatan ekonomi di Hulu Selangor?
83) INDUSTRI TERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan masa dekat dan panjang Kerajaan Selangor untuk memastikan bekalan daging di Selangor mencukupi?
-
Apakah perancangan untuk menggalakkan pekerjaan berserta latihan yang sesuai di bidang ini?
-
Apakah perancangan untuk memastikan pembekalan lembu yang sesuai untuk tujuan Korban?
