83) PENJIMATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis


  1. Memohon data penjimatan yang berjaya dilakukan dari segi perolehan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 sehingga 2019.

    Klik jawapan »

83) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMATUHI ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAPAT DIURUS DENGAN BAIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT atau agensi berkaitan, secara jangka pendek dan panjang merancang kaedah pelupusan sisa pepejal (sampah domestik) secara alami dan ekonomik selain sistem pelupusan di kawasan terbuka sedia ada ketika ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?

    Klik jawapan »

83) PEMANSUHAN PPSMI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan pelajar Bumiputera (terutama penduduk kawasan kampung dan pedalaman) supaya dapat menguasai pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan cemerlang di masa akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Tiadakah insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menggalakkan setiap pelajar menguasai bahasa ketiga (Mandarin/Tamil) untuk kemajuan bahasa di Negeri Selangor sekali gus menjadi individu yang berpotensi.

    Klik jawapan »

83) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah dijangkakan bermulanya pembangunan/ pembinaan Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana memandangkan kafa Al Ikhwan yang sedia ada tidak sesuai untuk dijadikan tempat belajar kerana bersebelahan dengan LRT Puchong Perdana dengan jumlah murid seramai 1300 orang?

    Klik jawapan »

83) TREND KEMISKINAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan negeri mengesan trend kemiskinan di Selangor dan natijah dari dasar GST?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah tambahan kerajaan membantu rakyat Selangor yang terkesan?

    Klik jawapan »

83) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tujuan caruman kubur diwujudkan? Berapakah jumlah caruman yang ada mengikut PBT atau Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah ianya dibelanjakan atau disalurkan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara tanah-tanah perkuburan Cina dan India?

    Klik jawapan »

83) KAWASAN LAPANG DI JALAN 9/10, PANDAN PERDANA, DUN TERATAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah penyewa atau pemilik tanah tersebut. Sila nyatakan pengarahpengarah dan latar belakang syarikat berkenaan secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan semua butir-butir termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak dan tarikh tamat untuk sewa tapak tersebut

    Klik jawapan »

  3. Terdapat satu bahagian di kawasan berkenaan yang telah digazett sebagai tapak gerai, bilakah pihak berkuasa boleh membersihkan tapak tersebut dan membolehkan gerai-gerai di sebelah kawasan berkenaan berpindah ke dalam tapak berkenaan?

    Klik jawapan »

83) PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sehingga pertengahan tahun 2009, berapa jumlah pendapatan Syarikat Negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang menjalankan aktiviti perniagaan pasir?

    Klik jawapan »

83) SUKAN LAYAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia membantu menyediakan kemudahan prasarana pusat latihan sukan perahu layar di Pantai batu Laut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan kerajaan bagi membantu memajukan sukan perahu layar bagi tahun 2010 - 2014?

    Klik jawapan »

83) HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Apa perkembangan terkini tentang isu penyahwartaan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Lagong kepada PKNS dan satu lagi syarikat swasta untuk projek perumahaan?

    Klik jawapan »

  2. Selepas sesi "townhall" tahun lepas, bila sesi pendengaran awam akan diadakan?

    Klik jawapan »