84) KAMPUNG ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kampung orang asli yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta bilangan penduduknya
-
Selain daripada sumbangan kewangan yang diberi oleh kerajaan, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan taraf hidup mereka?
84) PEKERJA ASING DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja asing yang menjadi pelayan di restoran dan premis dalam tahap kesihatan dan piawaian kerja yang baik dan berkualiti
-
Adakah program yang di laksanakan dan berapa ramai yang terlibat.
84) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang direkodkan di Kuala Langat mengikut DUN dan pecahan kaum?
-
Sila berikan senarainya untuk DUN Banting.
84) PROGRAM IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?
-
Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?
-
Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?
84) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan atau dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa pekerja (terutama swasta) terbela jika wujud atau di syaki di aniaya oleh majikan-majikan?
84) WABAK DIFTERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes wabak difteria di Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengekang wabak ini dari merebak?
84) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perbandingan jumlah pencemaran sungai yang telah berlaku di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah.
-
Nyatakan tahun yang berlaku pencemaran sungai tertinggi dalam sejarah Selangor dan jumlahnya
84) MENAIK TARAF JALAN NEGERI B131 DAN PERSIMPANGAN JALAN PERSEKUTUAN FT54
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Dewan pernah diberitahu pada sidang 2013/2014 bahawa pelebaran jalan FT54 dan B131 (Jalan Kubu Gajah) akan dimulakan di bawah RMK11 Apakah status perancangan tersebut?
-
Bilakah projek tersebut akan dimulakan?
84) PENYELENGGARAAN KERETA PROTON PERDANA V6
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kes pembelian kereta Mercedes untuk kegunaan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan EXCO Terengganu menimbulkan syak di kalangan rakyat tentang kemungkinan berlakunya penyelewengan perbelanjaan dalam menyelenggarakan kenderaan milik Kerajaan Negeri tersebut. Apakah Kerajaan Negeri hari ini sudah meneliti kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 yang digunakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan berapakah jumlahnya? Apakah ia munasabah?
84) LOMBONG BIJIH TIMAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapa buah lombong timah yang masih wujud di Selangor.
-
Dimanakah lokasi yang paling utama
-
Berapakah hasil keluaran tahunan yang masih diperolehi oleh negeri Selangor
