85) MASALAH ORANG KURANG SIUMAN DAN PEMINTA SEDEKAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Orang kurang siuman dan peminta sedekah sering berkeliaran dan mengganggu ketenteraman orang awam dan ada kalanya mendatangkan kecederaan.Siapakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menangani masalah ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?
85) BALAI RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah balai-balai raya di DUN Sungai Air Tawar yang telah diambil alih oleh Pakatan Rakyat?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah balai raya yang terabai dan tidak terselenggara dengan baik?
-
Apakah kerajaan negeri bersedia memperbaiki dan menguruskan pentadbiran balai-balai raya tersebut secara lebih profesional?
85) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah langkah-langkah yang diambil untuk membuat persiapan pada tahap masyarakat sivil untuk membentuk kerajaan tempatan secara memberangsangkan ahliahli dari pihak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk bersedia untuk mengandaikan jawatan-jawatan dalam kerajaan tempatan apabila pilihan raya kerajaan tempatan akan berlaku?
-
Bilakah anda menjangka pilihan raya kerajaan tempatan akan berlangsung pada akhir tempoh perkhidmatan jawatan ahli majlis dan kalau tidak, mengapa?
85) PENANAMAN HERBA – ROSELLE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah memajukan penanaman roselle?
-
Adakah pembangunan desa seiring industri roselle?
-
Apakah rancangan penanaman roselle sebagai projek Laman Herba?
85) KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP RAKYAT ROHINGYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah kepekaan/ keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Rohingya?
85) STOCKPILE PASIR YANG DIKOREK DARI PROJEK HORAS DI RANTAU PANJANG TELAH MENIMBULKAN MASALAH PENCEMARAN PASIR DI SEKITAR MASJID, SEKOLAH, JALANRAYA DAN KAWASAN PERUMAHAN BERDEKATAN DAN TELAH MEMBERI KESAN DARI SEGI KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi dan menghentikan pencemaran oleh Syarikat Semesta dan Kerajaan Negeri?
-
Apakah bantuan yang diberi oleh pihak berkenaan kepada mangsa-mangsa pencemaran tersebut?
85) KAMPUNG ORANG ASAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah Kampung Orang Asal di Selangor yang masih tidak mempunyai akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.
-
Nyatakan tempoh masa Kerajaan Negeri dalam memastikan semua Kampung Orang Asal mempunyai 100% akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.
85) PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, berapakah kawasan berpasir telah mula beroperasi dan berapakah yang masih terbuka untuk kontraktorkontraktor? Sila huraikan mengikut daerah.
-
Dua timbunan pasir di Rawang kerap menjadi sasaran orang ramai dan sehingga kini, tiada tindakan susulan daripada Kumpulan Semesta walaupun surat telah dihantarkan dan laporan polis telah dibuat. Apakah cadangan Kumpulan Semesta untuk meredakan perebutan pasir tersebut oleh orang ramai?
85) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Majlis Bandaran/Perbandaran telah ditugaskan untuk merancang kawasan masing-masing agar pembangunan berjalan dengan lancar. Adakah peraturan-peraturan yang bertulis di mana setiap projek pembangunan yang diluluskan beberapa tahun dahulu akan disemak kembali sebelum memulakan pembinaan khususnya dari segi maklumat baru tentang kepadatan penduduk, kepadatan kenderaan yang melalui kawasan tersebut, pembinaan yang baru wujud dan sebagainya
-
Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembangunan untuk menyediakan kemudahan seperti sekolah, tempat amal ibadat, bomba, balai polis dan sebagainya. Sekiranya ada, bagaimana perlaksanaannya
85) GIG Ekonomi
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri menguruskan keperluan rakyat dalam era ekonomi gig yang semakin mendapat tempat di pasaran?
-
Apakah bentuk bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyokong usaha ini?
