85) SKIM-SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah elaun petugas / kerani kawasan DUN akan dinaikkan memandangkan bahawa kerja dan tanggungjawab tambahan adalah diperlukan disebabkan oleh perubahan atau tambahan kepada skim-skim MES? Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebab.
-
Mengapakah perubahan-perubahan kepada skim-skim MES tidak dibincangkan dengan semua ADUN sebelum diimplementasikan atau dilaksanakan?
-
Adakah pihak jawatankuasa MES atau konsultan-konsultan MES akan mengadakan sesi perbincangan atau konsultasi pada masa depan sebelum melaksanakan sebarang perubahan kepada skim-skim MES?
85) PENGUATKUASA PENCEGAH MAKSIAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Ð langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan / Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini?
-
Bagaimanakah prosedur sistem pencegahan yang diamalkan oleh jabatan berkenaan kerana sewaktu penduduk memanggil penguat kuasa dan JAIS terdapat pelbagai alasan contohnya kekurangan kakitangan untuk melakukan operasi?
85) RUMAH KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam mewujudkan pangkalan data rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan NGO/swasta?
-
Apakah garis panduan atau sistem pengawasan dalam memastikan institusiinstitusi tersebut menepati kepentingan awam?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan pusat-pusat pemulihan dan pendidikan untuk kanak-kanak autism, down syndrome?
85) LABOUR PRODUCTIVITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah labour productivity Negeri Selangor? Bandingkan dengan negeri-negeri lain
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan labour productivity di Selangor?
85) PEMBERDAYAAN WARGA MISKIN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberdayakan warga yang berdepan masalah kemiskinan bandar?
85) PREMIUM “LIMITED COMMERCIAL”
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Ramai pemilih hartanah ñLimited Commercialî menghadapi masalah untuk menjelaskan premium yang tinggi. Bagaimanakah pengiraan premium dilakukan dengan merujuk kepada penilaian Jabatan Penilaian dan Selangor Land Rules?
85) JABATAN KERJA RAYA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan peruntukan untuk menaiktaraf persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan?
-
Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menyelesaikan kesesakan persimpangan Genting Highland di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang?
85) PENYEDIAAN UNTUK MUSIM KEMARAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan negeri Selangor ada air mentah yang mencukupi untuk musim kering ini?
-
Adakah ia mencukupi untuk mengelakkan catuan air yang panjang seperti yang telah berlaku?
86) FIQH AWLAWIYYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah JAIS sudah mengatur secara sistematik kefahaman tentang fiqh awlawiyyat dalam menyelesaikan masalah hidup ahli kariah masjid dan surau?
-
Juga, adakah semua guru di sekolah JAIS dilengkapi dengan kefahaman mantap untuk bertindak sebagai murabbi kepada anak murid dalam melayari kehidupan?
86) PERANAN MENTERI BESAR DI BADAN-BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh Dato' Menteri Besar di semua badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila senaraikan gaji, elaun dan setiap kemudahan yang diterima di setiap jawatan tersebut.
