86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
86) PEMBANGUNAN DI CERUN-CERUN BUKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan terdapat beberapa kejadian bencana tanah runtuh di kawasan Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa, Sila kemukakan butiran jumlah projek pembangunan cerun-cerun bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor sejak 15 tahun yang lalu di kawasan berkenaan
-
Sila kemukakan butiran bahawa pemindahan milik kawasan-kawasan cerun bukit dan takungan air di kawasan berkenaan daripada milik kerajaan kepada syarikat-syarikat swasta telah dilakukan mengikut peraturanyang ditetapkan
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil bagi pemuliharaan alam sekitar khususnya tindakan melindungi Bukit Taman Melawati daripada aktiviti pemusnahan flora dan fauna yang terdapat di situ
86) PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan kerja-kerja pembersihan dan sampah di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)?
86) SKIM GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah skim bantuan yang ada dan diberikan kepada golongan miskin di Negeri Selangor?
-
Berapa ramai yang sudah menerima manfaat daripada skim tersebut?
86) BANTUAN BINA RUMAH FAKIR MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bantuan pembinaan rumah-rumah baru untuk golongan fakir miskin yang telah dibina oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tahun 2008 dan 2009 mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
86) PROGRAM USAHAWAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat membantu secara khusus usahawan wanita untuk melariskan jualan produk dan mengembangkan perniagaan?
86) PENERIMA PINJAMAN/BIASISWA SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama penerima pinjaman SUK sejak 2008 untuk DUN Selat Klang beserta jumlah pinjaman.
86) SISTEM DIGITAL PEJABAT TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Belanjawan Selangor 2020 telah meluluskan peruntukkan untuk Pejabat Tanah bagi membangunkan satu sistem digital yang akan mengurangkan frod dan kesilapan. Syarikat manakah yang diawad kontrak tersebut?
-
Apakah jumlah yang telah dibelanjakan?
-
Apakah status pelaksanaan setakat ini?
86) PROGRAM JOM SHOPPING BERSAMA ADN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan berapakah jumlah warga yang sudah menyertai program tersebut mengikut pecahan Dun ?
-
Sila perjelaskan apakah kekangan yang berlaku sehingga menyebabkan program Jom shopping ini tergendala buat sementara waktu ?
-
Sila nyatakan apakah pihak Kerajaan akan meneruskan program ini selepas pusingan pertama selesai dan sekali gus menambah jumlah RM 100 setiap orang kepada RM150 dalam pusingan yang berikutnya ?
86) PENERIMA H1PT DAN PINJAMAN SUK SEJAK 2008
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan penerima hadiah anak masuk universiti untuk DUN Selat Klang sejak 2008
-
Senaraikan penerima pinjaman/biasiswa pelajar Kerajaan Selangor sejak 2008
-
Memandangkan ramai lagi pelajar universiti yang belum berdaftar sebagai pengundi sah, bagaimanakah inisiatif Kerajaan Negeri membantu Pusat Khidmat ADUN yang tiada maklumat mengenai siswa-siswi untuk mendaftarkan mereka?
