86) WARGA EMAS DAN INSAN ISTIMEWA (OKU) B40
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka panjang untuk golongan Warga Emas dan Insan Istimewa (OKU) B40 di Negeri Selangor?
-
Apakah pendekatan yang dilakukan bagi membantu golongan daif dan B40 selain bantuan am JKM?
-
Apakah usaha kerajaan untuk mengadakan PAWE di semua DUN/ Daerah?
86) PENDIDIKAN TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran pelajar rakyat Selangor yang menuntut di luar negara. Nyatakan jumlah mereka yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor?
-
Nyatakan peratusan pelajar yang menerima manfaat skim MES dan biasiswa pelajaran kerajaan negeri Selangor
86) PENCEMARAN SUNGAI KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan pihak berkuasa Petaling Jaya terhadap operator pusat kitar semula di atas rezab Sg Kelang, PJS 3 dan kerja-kerja penternakan yang dijalankan di tapak?
86) PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh rakyat Selangor sehari mengikut PBT?
-
Nyatakan nama, lokasi, kapasiti dan pusat pelupusan untuk menampung sisa pepejal tersebut?
-
Apakah jumlah dan kapasiti pusat pelupusan tersebut mencukupi untuk tempoh tertentu?
86) MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah masjid baru yang akan di bina oleh kerajaan negeri dan berapakah pula yang terbengkalai sejak tahun 2008,, apakan penyebab utamanya?
86) ADAT RESAM & KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan diterajui oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Apakah sokongan kerajaan negeri kepada badan ini di dalam memulihara kebajikan dan pencapaiannya dalam memperkayakan identiti budaya, kaum majoriti rakyat negeri Selangor.
86) KAWASAN LAPANG DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Kawasan lapang yang telah disewa, dipajak atau diberi TOL untuk tujuan komersial di Negeri Selangor. Sila terperincikan mengikut daerah, kadar sewa atau pajak, syarikat yang terlibat dan tempoh tamat.
-
Adakah kawasan lapang boleh dijadikan tempat rizab sekolah? Kalau tidak sila berikan sebab-sebab.
86) MASALAH PENIAGA WARGANEGARA ASING DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Terdapat semakin ramai warganegara-warganegara asing yang kini berniaga di Negeri Selangor, contohnya di Flat Chi Liung Pandamaran dan pasar pagi Jalan Papan Pandamaran. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut memandangkan ia telah mempengaruhi atau menghakiskan perniagaan-perniagaan peniaga tempatan dengan serius?
86) PROJEK YANG DIJALANKAN OLEH TETUAN PERKUAT KUARI DI KAWASAN BUKIT PERMAI, AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah projek yang syarikat ini akan dijalankan. Sila nyatakan semua projek dan unit rumah yang akan dibina.
-
Memandangkan pemaju ini adalah satu pemaju yang amat tidak bertanggungjawab bolehkah pihak PBT atau kerajaan menolak segala permohonan dari syarikat tersebut?
86) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan dalam menaiktaraf mutu kehidupan wanita dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan keselamatan?
