85) PENYEDIAAN UNTUK MUSIM KEMARAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan negeri Selangor ada air mentah yang mencukupi untuk musim kering ini?
-
Adakah ia mencukupi untuk mengelakkan catuan air yang panjang seperti yang telah berlaku?
85) STATUS TERKINI DASAR TANPA BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini dasar tanpa beg plastik di Selangor dan berapakah jumlah wang yang telah dikutip dan dimanakah ia telah dibelanjakan?
85) PEMBERDAYAAN WARGA MISKIN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberdayakan warga yang berdepan masalah kemiskinan bandar?
85) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah gerai-gerai PLB keseluruhan Negeri Selangor?
-
Kenapakah Kerajaan Tempatan gagal menyenggarakan gerai-gerai PLB ini dengan baik (melesenkan mereka)?
-
Kenapakah masih banyak gerai-gerai PLB ini masih menjadi milik individu dan disewakan kepada pihak lain?
85) PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, berapakah kawasan berpasir telah mula beroperasi dan berapakah yang masih terbuka untuk kontraktorkontraktor? Sila huraikan mengikut daerah.
-
Dua timbunan pasir di Rawang kerap menjadi sasaran orang ramai dan sehingga kini, tiada tindakan susulan daripada Kumpulan Semesta walaupun surat telah dihantarkan dan laporan polis telah dibuat. Apakah cadangan Kumpulan Semesta untuk meredakan perebutan pasir tersebut oleh orang ramai?
85) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Majlis Bandaran/Perbandaran telah ditugaskan untuk merancang kawasan masing-masing agar pembangunan berjalan dengan lancar. Adakah peraturan-peraturan yang bertulis di mana setiap projek pembangunan yang diluluskan beberapa tahun dahulu akan disemak kembali sebelum memulakan pembinaan khususnya dari segi maklumat baru tentang kepadatan penduduk, kepadatan kenderaan yang melalui kawasan tersebut, pembinaan yang baru wujud dan sebagainya
-
Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembangunan untuk menyediakan kemudahan seperti sekolah, tempat amal ibadat, bomba, balai polis dan sebagainya. Sekiranya ada, bagaimana perlaksanaannya
85) KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah benar perkhidmatan kutipan sampah oleh Alam Flora di Negeri Selangor ditamatkan?
-
Jika benar apakah sebab-sebab utama perkhidmatan tersebut ditamatkan?
-
Apakah langkah-langkah untuk memastikan perkhidmatan kutipan sampah tidak terjejas?
85) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek menyiapkan projek terbengkalai telah diusahakan Kerajaan Negeri semenjak Mac 2008 sehingga Jun 2009.
-
Apakah masalah utama yang menghalang Kerajaan Negeri untuk membantu menyiapkan projek tersebut
-
Berapa peratus masalah projek terbengkalai ini berjaya diatasi sehingga kini.
85) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor?
-
Sila senaraikan butir-butir mengenai pemaju-pemaju yang telah diluluskan untuk membangun di kawasan sensitif alam sekitar dalam tempoh empat tahun yang lepas dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pemaju yang telah membangun di kawasan tersebut?
-
Apakah dasar pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar dalam negeri Selangor?
85) CENTRAL SPECTRUM (M) SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Central Spectrum (M) Sdn Bhd?
