86) TEKNOLOGI & INOVASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Minta penjelasan sejauh manakah perkembangan industri berasaskan Òinformation and communication technology (ICT)Ó di negeri ini?
-
Nyatakan nama syarikat-syarikat ICT tempatan dan luar negara yang mengambil bahagian dalam program ini.
86) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan bahawa penjaga boleh terdiri daripada JIRAN?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat bantu untuk mendaftarkan rakyat yang tiada anak, saudara dan pertubuhan?
86) FAS (FOOTBALL ASSOCIATION SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan peranan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Selangor pada musim akan datang?
86) MASA ALIRAN SIMPANG EMPAT PERSIARAN PEGAGA DAN JALAN BATU UNJUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR akan menukar masa hala lampu isyarat di Simpang Empat Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur memandangkan jalan tersebut sentiasa mengalami kesesakan?
86) BILAKAH SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA AKAN DIBINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bilakah Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana akan dibina memandangkan KAFA Al-Ikhwan tidak sesuai dijadikan Sekolah dengan keadaan yang terlalu bising dibawah stesen dan laluan LRT Puchong Perdana
86) TOURISM SELANGOR PROMOSI SDN BHD (TSPSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah matlamat dan objektif penubuhan Tourism Selangor Promosi?
-
Sejauh manakah keberkesanan fungsi TSPSB?
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan TSPSB?
86) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 8942, JALAN BESAR, KAMPUNG TELOK GONG, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sebuah kilang di Lot 8942, Jalan Besar, Kampung Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor telah mengeluarkan bau yang sangat busuk dan juga asap yang amat menyesakkan pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk bersebelahan dan murid-murid di sekolah SJK(C) Lee Min yang berdekatan. Beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenalan tetapi tiada tindakan langsung. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini?
86) PEMBANGUNAN SELANGOR VISION CITY, ELMINA EAST DAN ELMINA WEST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat kawalan pembangunan di kawasan tersebut yang kini menjejaskan penduduk kampung berhampiran kerana masalah perparitan dan banjir kilat yang berkala?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan mengarahkan dan memastikan pihak pemaju mewujudkan kolam tadahan banjir yang mencukupi bagi mengelakkan banjir kilat?
86) PERMOHONAN TAPAK BAHARU PDK HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk bantuan yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Hulu Kelang?
-
Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap permohonan satu tapak tanah bagi pembinaan baharu PDK Hulu Kelang?
-
Bagaimanakah kerajaan boleh memanfaatkan fokus PDK Hulu Kelang dengan sekaligus menjalankan program pemulihan OKU di Gombak, Ampang dan Lembah Jaya?
86) PKNS ADALAH PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTRA YANG TERAWAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan Kompleks PKNS terus relevan sebagai pusat perniagaan bumiputra?
-
Apakah bangunan Kompleks PKNS akan diberi rebranding baru supaya dapat bersaing dengan mall yang baru?
