86) PELABURAN SEKTOR SWASTA (PSS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratusan pelaburan sektor swasta di negeri Selangor dari tahun 2005-2009
-
Berapakah peratusan sumbangan PSS dalam GDP Negeri Selangor bagi tahun 2005-2009?
-
Apakah insentif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha mempertingkatkan peratusan PSS?
86) SKIM GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah skim bantuan yang ada dan diberikan kepada golongan miskin di Negeri Selangor?
-
Berapa ramai yang sudah menerima manfaat daripada skim tersebut?
86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
86) MASALAH ISU BAU BUSUK DI BEKAS LOMBONG, TAMAN SRI MANJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Satu laporan terperinci telah dikemukakan kepada pihak Menteri Besar, MTES dan EXCO Alam Sekitar bertarikh 23 Oktober 2009, laporan itu telah dilencongkan balik kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk tindakan lanjut oleh mereka sebelum membentangkan ke MTES untuk tindakan pihak negeri. Bilakah jabatan kesihatan dalam MBPJ akan memasukkan laporan di mana ia sudah diketahui bahawa majlis penuh MBPJ telah menyokong laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kerja ÒTask ForceÓ Alam Sekitar, Masalah Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2s) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya, bawah LA21Pj, MBPJ bertarikh 23 Oktober 2009
-
Sudahkah pejabat kesihatan Daerah Selangor mengemukakan kepada pihak MBPJ pengesahan mereka berkenaan status pengeluaran gas yang menjejaskan pendudukpenduduk?
-
Sila beri maklumat-maklumat laporan tersebut dan jika laporan ini masih belum diterima daripada jabatan kesihatan, sila nasihat bila laporan ini akan dijangkakan untuk dikemukakan.
86) PKNS ADALAH PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTRA YANG TERAWAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan Kompleks PKNS terus relevan sebagai pusat perniagaan bumiputra?
-
Apakah bangunan Kompleks PKNS akan diberi rebranding baru supaya dapat bersaing dengan mall yang baru?
86) PERBELANJAAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah elaun, peruntukan pecahan perbelanjaan dan jumlah diberi untuk setiap Ahli Majlis?
-
Bagaimanakah prestasi Ahli Majlis diukur berdasarkan peruntukan diberi?
-
Nyatakan jumlah peruntukan dibelanja Ahli ÐMajlis mengikut PBT dari 2008 hingga 2012?
86) TEMPAT REKREASI KAWASAN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah piawaian yang digunakan oleh kerajaan untuk mewujudkan tempat rekreasi kawasan hijau di kawasan perumahan dan kediaman di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa pemaju menyediakan kawasan rekreasi yang mencukupi untuk penduduk setempat?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mewujudkan lebih banyak tempat rekreasi kawasan hijau di kawasan yang padat dengan penduduk?
86) METER AIR INDIVIDU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pada pertengahan tahun ini, Kerajaan Negeri telah menggubal polisi yang mewajibkan meter air pukal di semua rumah pangsa kos rendah ditukarkan ke meter air individu. Berapakah meter air pukal yang sudah pun ditukarkan ke meter air individu?
-
Jika belum dilaksanakan, apakah sebabnya?
86) PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan kerja-kerja pembersihan dan sampah di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)?
86) CADANGAN MENGADAKAN MATA PELAJARAN KHAS KEIBUBAPAAN DAN PENDIDIKAN ANAK DI SEKOLAHSEKOLAH DI BAWAH KAWALAN NEGERI SELANGO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kes-kes anak derhaka, penagihan dadah, melakukan jenayah, gengsterisme semakin bertambah, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memasukan mata pelajaran Pendidikan Keibubapaan dan Pendidikan Anak di sekolah-sekolah Negeri Selangor berteraskan ajaran Islam?
-
Jika ya, sila nyatakan perancangannya, jika tidak, nyatakan alternatifnya
