86) PERMOHONAN TAPAK BAHARU PDK HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk bantuan yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Hulu Kelang?
-
Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap permohonan satu tapak tanah bagi pembinaan baharu PDK Hulu Kelang?
-
Bagaimanakah kerajaan boleh memanfaatkan fokus PDK Hulu Kelang dengan sekaligus menjalankan program pemulihan OKU di Gombak, Ampang dan Lembah Jaya?
86) HUB PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Merujuk Strategi Pertama - Memacu Pembangunan Negeri Selangor - Gugusan Pendidikan (Selatan), adakah telah terdapat rancangan pembangunan infrastruktur pendidikan seperti yang dirancang?
-
Hub Pendidikan Teratai mencadangkan agar dibangunkan infrastruktur pendidikan seperti kolej-kolej kemahiran melalui pelaburan kerajaan atau swasta bagi memenuhi keperluan masyarakat kawasan bandar seperti Ampang Jaya.
87) PELAN HALA TUJU STRATEGIK E-DAGANG (NESR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan muda mengoptimumkan perdapatan e-dagang di luar bandar di Selangor?
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk peniaga e-dagang agar berada dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)?
87) PRESTASI AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kehadiran setiap Ahli Majlis dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
-
Nyatakan peratusan kegunaan peruntukan zon untuk setiap Ahli Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.
87) PROGRAM MAMMOGRAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peserta yang membuat pemeriksaan?
-
Dimanakah ia dilaksanakan?
-
Mengapakah program ini dihentikan pada 2013 sehingga sekarang?
87) MENUKAR STATUS TANAH DI KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap nasib dan hak 50 orang penduduk Kg Kemensah yang telah mengusahakan lebih dari 30 tahun kawasan tanah seluas 100 ekar yang pada asalnya adalah Tanah Rizab Melayu Sg Telaga tetapi pada 15 Januari 2015 telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Gombak (Tambahan)?
-
Apakah kerajaan bersedia menukar status tanah seluas 100 ekar dengan pada masa sama mematuhi syarat pengekalan sebanyak 32% kawasan berhutan di Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh menukar status kawasan ini jika cukup fakta menyatakan bahawa keadaan kawasan tersebut tidak lagi sesuai sebagai kawasan hutan simpan?
87) SMART SELANGOR BUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan telah disalurkan bagi membina perhentian bas Smart Selangor? Sudah ada berapa perhentian bas ini sudah siap dibina?
-
Mohon senaraikan jumlah laluan yang telah diluluskan oleh Stanco Pengangkutan Bandar Selangor mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan sehingga Jun 2019 dan jumlah perjalanan dan jumlah penumpang Smart Selangor Bus mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019.
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah penumpang?
87) GEJALA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah anak luar nikah dari 2008 hingga kini.
-
Berapakah jumlah perceraian dan perincikan mengikut tahun?
-
Berapakah kes tuntutan perceraian dari 2008 hingga kini?
87) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah MBI akan menjalani penstrukturan semula subsidiari-subdiarinya? Sila bekalkan rancangan masa depan MBI dengan terperinci.
-
Sila senaraikan semua subsidiari MBI dengan anggaran nilai pasaran dan senarai ahli lembaga pengarah masing-masing.
-
Sila senaraikan gaji, elaun serta segala kemudahan yang diterima untuk setiap pengarah MBI dan subsidiarinya.
87) KELEWATAN BAJA SUBSIDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu kelewatan baja subsidi kepada petani terutama di kawasan Sawah Sempadan?
