86) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapa banyak aduan yang telah dilaporkan berkenaan dengan COB kepada setiap PBT dari bulan Oktober 2008 lalu hingga kini dan berapa daripada aduan tersebut telah diselesaikan.
-
Adakah pegawai-pegawai baru akan dibekalkan untuk menolong dalam pengendalian isu-isu COB? Jika ya, sila nyatakan berapa banyak pegawai baru yang akan diambil dan kriteria-kriteria untuk perjawatan
-
Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani masalah ancaman tindakan undang-undang dan tuntutan-tuntutan mahkamah fitnah terhadap pegawaipegawai COB dan COB (Datuk Bandar) oleh pemaju-pemaju?
86) MASALAH PENDATANG ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendatang asing/pekerja asing yang terdapat di Negeri Selangor ini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal kegiatan mereka supaya tidak menimbulkan masalah sosial?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini?
86) BELANJAWAN TAHUNAN NEGERI DAN PEMBANGUNAN KAFAI DAN SRAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah belanjawan Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada JAIS diterjemahkan dalam membantu KAFAI dan SRAI?
-
Terdapat aduan daripada PIBG bahawa bantuan JAIS kepada SRAI dan KAFAI masih belum boleh mengatasi keperluan asas seperti meja dan kerusi untuk murid-murid. Sila beri ulasan.
-
Apakah JAIS ada membuat perancangan induk bagi membantu seluruh sekolah-sekolah ini mengatasi masalah sebegini?
86) TANAH KEGUNAAN AWAM DIRAMPAS DI BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru terhadap beberapa keping tanah untuk kegunaan awam yang telah dirampas oleh golongan yang tidak bertanggungjawab?
-
Apakah akan dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memulangkan penduduk- penduduk Bandar Utama kemudahan-kemudahan awam ini?
86) PROJEK-PROJEK PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah projek perumahan yang terbengkalai setakat ini di Negeri Selangor dan khasnya di daerah Sepang?
-
Apakah tindakan dan bantuan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap pembelipembeli?
86) LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar kenaikan fee lesen perniagaan di Negeri Selangor sejak 2008 hingga 2015?
-
Apakah kadar fee ini akan disemak semula sepertimana janji dalam Bajet Negeri Selangor 2015?
86) SKIM GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah skim bantuan yang ada dan diberikan kepada golongan miskin di Negeri Selangor?
-
Berapa ramai yang sudah menerima manfaat daripada skim tersebut?
86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
86) PELABURAN SEKTOR SWASTA (PSS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratusan pelaburan sektor swasta di negeri Selangor dari tahun 2005-2009
-
Berapakah peratusan sumbangan PSS dalam GDP Negeri Selangor bagi tahun 2005-2009?
-
Apakah insentif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha mempertingkatkan peratusan PSS?
86) Kelangsungan Ekonomi Anak Muda
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Pelbagai usaha telah dijalankan Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda Selangor bagi menangani isu kelangsungan (survival) ekonomi anak muda. Adakah terdapat apa-apa kajian / laporan mengenai keberkesanan / KPI daripada usaha-usaha tersebut?
