87) PROGRAM ADUN MUDA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program ADUN Muda Selangor yang terakhirnya dijalankan pada tahun 2016?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyambung program ini, dan apakah pembaikan yang akan dilakukan bagi meningkatkan kesedaran sivik antara mahasiswa dan mahasiswi?
87) NAHI MUNGKAR YANG EFEKTIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah terakhir semakan jumlah anggota penguatkuasa JAIS dilakukan?
-
Isu gejala sosial/maksiat dan kemungkaran lazimnya sukar ditangani oleh JAIS kerana dikatakan tidak cukup anggota. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempastikan langkah nahi mungkar berkesan dengan keperluan semasa?
87) PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci tentang jumlah pelajar UNISEL yang memperolehi pinjaman PTPTN sejak 4 tahun yang lalu mengikut pecahan kaum?
-
Sila senaraikan butiran terperinci tentang jumlah pelajar KUIS Negeri Selangor yang memperolehi pinjaman PTPTN sejak 4 tahun yang lalu mengikut pecahan kaum ?
-
Sila kemukakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam usaha membantu dan mempertahankan hak pelajar untuk mendapat pinjaman PTPTN ?
87) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010?
87) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program pembangunan teknologi hijau di Negeri Selangor?
-
Berapakah bajet disediakan untuk program ini?
-
Bila ia dilaksanakan?
87) INVENTORI KAWASAN POTENSI PELANCONGAN DAERAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan terbangun berumur lebih 100 tahun di daerah Klang
-
Adakah wujud pasukan khas seperti Ôone stopÕ yang boleh mencungkil dan menyerlah potensi sesuatu tempat dengan kerjasama rapat pimpinan tempatan untuk menghasilkan produk pelancongan yang menarik dan popular?
87) BANTUAN BIASISWA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan statistik para pelajar mengikut kaum yang telah menerima bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri pada masa kini?
-
Berapakah jumlah bantuan biasiswa yang telah diberikan kepada setiap pemohonpemohon tersebut dan apakah statistik dari segi jurusan yang diambil dan juga nama-nama institusi-institusi pengajian tinggi para pemohon tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membaiki sistem pemilihan di dalam pemberian biasiswa tersebut dan apakah strategi bagi menggalakkan lebih ramai para pelajar untuk memohon dan menikmati biasiswa daripada Kerajaan Negeri Selangor ini?
87) PERGANTUNGAN PENDAPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pergantungan pendapatan Kerajaan Negeri kepada hasil tanah dan apakah tempoh perancangan tersebut?
87) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah KPI yang telah digariskan untuk kontraktor-kontraktor sama ada di dalam Alam Flora atau Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tahap kerja yang memuaskan dalam pengurusan sampah di Selangor?
-
Sejak dari Mac 2008 sehingga Mac 2010, berapa ramaikah kontraktor-kontraktor yang di tamatkan terus perkhidmatan mereka dan tolong senaraikan nama-nama mereka?
-
Apakah langkah-langkah yang akan atau telah diambil untuk menambah baikkan tahap mutu dan keberkesanan kerja-kerja pembersihan kampung dan bandar yang masih berada di tahap yang belum memuaskan?
87) PERLAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN DALAM BAJET 2013
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus bajet tahunan untuk pembangunan dapat dilaksanakan setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2012?
-
Senaraikan jabatan yang gagal untuk melaksanakan bajet pembangunan di bawah 80% dari tahun 2008 hingga 2012
-
Apakah tindakan yang telah diambil ke atas jabatan tersebut bagi memastikan bajet ini dilaksanakan?
