88) MASALAH TANAH DI DUN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini isu penyelesaian tanah di lorong 6- 12 Bagan Sekinchan?
-
Sila senaraikan jumlah tunggakan kes permohonan pemberimilikan tanah dan lanjutan pajakan tanah di seluruh DUN Sekinchan?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dikenal pasti sehingga menyebabkan terlalu banyak kes tanah yang gagal diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan?
88) USAHA MENINGKATKAN PENGELUARAN MAKANAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Krisis makanan yang dihadapi dunia sekarang ini turut membelenggu negara ini. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat, Perbandaran Kemajuan Pertanian Selangor ("PKPS") sejak dahulu lagi telah menjalankan projek-projek pertanian secara komersial sebagaimana yang digariskan melalui lima misi dan visi perbadanantersebut. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi usaha yang dijalankan oleh PKPS agar dapat membantu negara menghadapi krisis makanan yang dihadapi oleh dunia sekarang ini?
88) PROGRAM KEBAJIKAN PENUH RAKYAT TERMISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor-faktor yang menjadikan pendapatan RM1,500 sebagai garis kemiskinan bagi Selangor?
-
Apakah Kerajaan akan memberi bantuan penuh agar tiada rakyat berada di bawah garis kemiskinan?
-
Apakah langkah untuk menyatukan program-program kebajikan anjuran Kerajaan, GLC, NGO dan badan-badan agama?
88) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kawasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah?
-
Apakah strategi dan kaedah untuk membangunkan tanah tersebut agar lebih bernilai?
88) REMAJA DAN SUKAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk meningkatkan prestasi remaja dan sukan di Selangor?
-
Bagaimanakah pencapaian terkini dalam bidang tersebut?
-
Di manakah kedudukan Selangor dalam bidang sukan berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia
88) ELAUN KEPADA KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pihak kerajaan tidak meletakkan satu tarikh khas untuk membayar elaun kepada Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI)?
88) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pertubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan penstrukturan semula anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
-
Sila senaraikan ahli-ahli lembaga pengarah DEIG dan MBI.
88) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan untuk membaik pulih bangunan Perpustakaan Awam yang uzur di Sabak Bernam?
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk menarik masyarakat agar berminat ke Perpustakaan Awam?
88) PERUNTUKAN JALAN KAMPUNG DAN KEUPAYAAN KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat menyediakan peruntukan kewangan untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung yang tidak mendapat peruntukan mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan?
-
Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri mengkaji keberhasilan dan keupayaan Ketua-ketua Kampung Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu pemilik-pemilik tanah berkelompok yang tiada kemampuan untuk membina insfrastruktur (jalan dan parit) sebab mereka membina rumah masing-masing di lot-lot milik mereka?
88) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan telah meluluskan pada 17 Jun 2009 peruntukan sebanyak RM2,822,400 setahun bagi tujuan PeBT. Berapa banyakkah dari peruntukan ini akan diagihkan untuk menjalankan program dan berapa banyak pula untuk membayar elaun?
-
Berapakah agihan peruntukan ini menurut PBT di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam menggerakkan PeBT?
