88) ANAK TAK SAH TARAF
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah statistik terkini anak tak sah taraf di Selangor?
-
Apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
88) KOS PENYELENGGARAAN MASJID/SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kos penyelenggaraan semua masjid/surau di daerah Klang sejak 2008.
88) MASJID BARU KG SUNGAI BUAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
anah tapak cadangan Masjid Baru Kg Sungai Buaya telah lama di wartakan dan telah di minit dalam Mesyuarat Tindakan Daerah semasa Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Malangnya Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri masih gagal membina masjid baru sehingga hari ini dan tiada tindakan kerajaan negeri dalam mempercepatkan pembinaan masjid tersebut kecuali hanya membaik pulih masjid lama itu pun dimaklumkan di bawah peruntukkan Lembaga Zakat. Bilakah bangunan Masjid Kg Sg Buaya akan diluluskan dan dibina?
-
Mengapakah kelewatan ini berlaku?
88) PERUNTUKAN MEMBAIKI KEMUDAHAN SUKAN DI BAWAH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan peruntukan untuk membaiki kemudahan sukan yang berada di bawah seliaan PBT?
88) SUMBANGAN KERAJAAN KEPADA NGO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua NGO yang telah menerima sumbangan Kerajaan Negeri sejak 2008.
-
Apakah kriteria yang digunapakai untuk menentukan jumlah dan memilih NGO yang diluluskan Kerajaan?
88) MASALAH SERANGAN PENYAKIT BENA PERANG (GRASSHOPPER)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah keluasan bendang yang diserang penyakit Bena Perang di daerah Sabak Bernam.
-
Setakat ini, apakah jenis racun serangga yang paling mujarab mencegah serangan penyakit tersebut dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian?
-
Sila nyatakan dengan jelas selain menggunakan racun serangga, adakah terdapat kaedah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut?
88) KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan zakat negeri Selangor pada tahun 2010. Nyatakan langkah untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan zakat sejajar dengan peranan institusi zakat untuk membasmi kemiskinan.
88) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin yang sepatutnya berakhir pada 30 Sept 2020? Adakah program ini akan dilanjutkan disebabkan PKP?
88) JALAN KE DESA SURADA DIJADIKAN JALAN PINTAS DAN UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan dari Sungai Ramal Dalam ke Desa Surada ini mahu diperbaiki?
-
Pihak mana yang seharusnya mengambil tanggungjawab?
-
Benarkah penaikan taraf melibatkan pengambilan tanah?
88) PERUNTUKAN BLUEPRINT KERAJAAN NEGERI DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan penerima dan jenis bantuan blueprint 2004-2008
-
Senarai selepas 2008 hingga sekarang
