91) BANTUAN BAGI WARIS WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan bantuan bagi waris warga mas dari negeri Selangor yang meninggal dunia. Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan?
-
Apakah cara untuk memastikan peruntukan yang diberi digunakan oleh waris bagi kepentingan si mati?
-
Apakah kewajaran ditambah lagi RM1500 kepada waris si mati selepas pemberian RM1000?
91) MASALAH PERCAMBAHAN GERAI-GERAI TANPA LESEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Sejak kebelakangan ini, gerai tanpa lesen terutamanya di tepi-tepi jalan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja gerai baru yang didirikan. Lokasi gerai-gerai ini mungkin terletak di tempat-tempat yang strategik, di tepi-tepi jalan misalnya namun dalam banyak kes ia menjejaskan pemandangan serta kebersihan di sesuatu kawasan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?
-
Oleh kerana dalam banyak kes, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, adakah ini satu langkah liberalisasi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menunaikan janji-janji pilihan rayanya membuka lebih banyak peluang kepada rakyat memperolehi pendapatan.
91) PENGURUSAN SAMPAH-SARAP
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bayaran kerajaan negeri Selangor untuk kutipan sampah bagi empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butir kontraktor yang memprolehi kontrak mengutip sampah dalam negeri Selangor mengikut PBT. (syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai)
-
Berapakah jumlah kutipan sampah mengikut PBT dan senaraikan lokasi loji pembuangan sampah.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan jumlah buangan sampah yang semakin meningkat serta cara mengatasi masalah pembuangan sampah haram?
91) LAWATAN KE SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh wakil rakyat dan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri dalam usaha melawat sekolah, pengambilan tindakan terhadap laporanlaporan yang dibuat oleh orang ramai mengenai sekolah, siasatan dan penyelidikan mengenai sekolah, tahap pendidikan dan kebajikan para pelajar? Sila berikan butir-butir.
91) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kerajaan negeri perlu membuat syarat kepada program-program MES?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang mahu menggantikan slogan MES kepada "Memilih-Rakyat Ekonomi Selangor" supaya lebih sesuai dengan syarat yang dibuat?
91) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?
-
Sila nyatakan secara perbandingan prestasi pelaburan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri lain bagi setengah tahun pertama 2016?
-
Sila senaraikan 10 Negara utama yang membuat pelaburan di Negeri Selangor?
91) GERAN SELANGORKU Ð SUMBER DANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah anggaran geran berjumlah RM300 juta ini bersumberkan dari sumbangan dividen GLC Negeri?
-
Berapakah keseluruhan nilai sebenar hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation yang menjadi sumber dana geran ini?
-
Berapakah anggaran hasil dari penstrukturan semula Canal City yang menjadi sumber dana geran ini?
91) ISU Peniaga Pasar Baru Selayang Baru
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Peniaga pasar baru Selayang Baru memohon supaya caj parkir di kawasan tersebut dimansuhkan. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah ini?
-
Bagaimanakah cara yang bakal kerajaan negeri lakukan bagi mengatasi isu air bertakung di kawasan bawah PAsar Baru Selayang Baru
91) GRED-GRED PENGARAH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan gred-gred semua pengarah di Majlis Perbandaran Klang.
-
Adakah semua pengarah mendapat gred yang telah diberi oleh JPA?
91) ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan terkini untuk meningkatkan hasil kutipan zakat?
-
Apakah pendekatan dan cara untuk memastikan agihan zakat sampai kepada mereka yang berhak tanpa prejudis politik?
-
Apakah impak positif hasil program-program pengagihan zakat yang telah dilaksanakan?
