92) PERUNTUKKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan MARRIS yang telah dikumpulkan setakat ini dan berapakah peruntukkan yang telah digunakan, serta agihkan peruntukkan untuk setiap DUN?
-
Apakah langkah-langkah bagi memastikan kerja MARRIS mematuhi piawaian dan aspek teknikal?
-
Bagi kerja MARRIS yang tidak memuaskan, apakah tindakan yang boleh diambil, terutamanya apabila aduan diterima dalam tempoh yang lama selepas siap kerja?
92) FOKUS UTAMA KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan fokus utama Kerajaan Negeri industri kecil dan sederhana
-
Apakah kriteria kelayakan untuk dapat bantuan kerajaan?
-
Senaraikan penerima yang sudah berjaya sejak 2014
92) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan kilang plastik haram di Selangor mengikut DUN.
-
Sila nyatakan tindakan yang telah diambil dan berapakah pengusaha yang telah dikenakan ke mahkamah.
92) BANJIR DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor berlakunya banjir yang kerap berlaku di DUN Kota Damansara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Nyatakan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir pada tahun 2015?
92) HUB PENGAJIAN AL-QURAN DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Di DUN Dusun Tua sekarang mempunyai 15 buah pusat tahfiz dengan jumlah pelajar seramai 1330 orang dan sedang berkembang. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Hulu Langat sebagai Hub Pengajian Al-Quran dengan menyediakan: i. Bantuan kewangan ii. Program Lanjutan di UNISEL atau rancangan lain. Nyatakan.
92) SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah semua syarikat di bawah MBI dan anak syarikatnya dan senaraikan satu persatu untuk makluman dewan
-
Senaraikan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh semua syarikat di bawah MBI
-
Dari keuntungan yang diperolehi berapakah yang disumbangkan kepada kerajaan Neger
92) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang sudah dan senang dibina?
-
Bagaimanakah sambutan rakyat terhadap rumah mampu milik?
-
Rumah mampu milik terawal dibina adalah di Bandar Baru Bangi, mengapakah hingga kini masih belum siap?
92) UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Sembilan sedang meninjau kemungkinan untuk meminda Undang-undang Keluarga Islamnya untuk mengatasi masalah hak jagaan anak akibat pertukaran agama salah seorang daripada pasangan bukan Islam ke dalam Islam, adakah kerajaan Selangor sedang menuju ke arah usaha yang sama?
92) CAGARAN YANG DISIMPAN DI SETIAP PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah cagaran di setiap PBT yang tidak dituntut lebih daripada satu tahun
92) SUMBANGAN LEMBU OLEH KERAJAAN UNTUK HARI RAYA KORBAN 2012
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah lembu yang kerajaan telah sumbang untuk Hari Korban tahun 2012 dan tahun 2011? Sila nyatakan jumlah harganya berapa?
-
Pembelian lembu ini melalui tender terbuka atau rundingan terus
-
Siapakah pembekal?
