91) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sungai-sungai yang mengalami pencemaran di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk memulihkan sungai-sungai tersebut yang telah mengalami pencemaran?
91) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk memberi peruntukan khas kepada Ketua-ketua Kampung untuk pengurusan sampah memandangkan perkara ini masih lagi tidak diatasi?
-
Apakah sudah ada mekanisma tertentu untuk pengurusan sampah di kampungkampung ? Jika ada, minta dinyatakan.
91) BILANGAN PEKERJA MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan pekerja MBPJ mengikut jabatan dan unit dalam jabatan.
-
Juga sila beri pecahan mengikut gred.
-
Juga sila beri pecahan mengikut kaum.
91) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauhmana kejayaan khidmat pembersihan awam dicapai menerusi Smart Waste Management yang dilaksanakan menerusi KDEBWM Sdn Bhd?
-
Apakah kejayaan yang dicapai menerusi MPK?
-
Sasaran penggunaan 85 lori Armroll dilengkapi sistem canggih seperti sistem GPS Tracking dan tong RORO di MPAJ?
91) CUKAI PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kaedah pengiraan cukai premium tanah di Selangor?
-
Berapakah jumlah kutipan cukai premium tanah di Selangor pada sehingga Julai 2016?
91) ISU MENGAJAR ATAU MEMBERI KULIAH DI MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Wakil Rakyat dilarang memberikan kuliah atau mengajar di Masjid dan Surau di seluruh Negeri Selangor walaupun mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Selangor di Negeri Selangor?
-
Tindakan Kerajan Negeri dalam menangani kebanjiran peceramah luar Selangor tanpa tauliah?
91) GERAI TIDAK STRATEGIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kedudukan gerai yang tidak strategik dan terpencil?
-
Nyatakan jumlah gerai yang telah dibina oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut PBT?
91) MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diberi kepada Daerah Kuala Selangor pada 2015?
-
Senaraikan agensi yang menerima peruntukan berkenaan
-
Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di dalam DUN Permatang pada 2015
91) PERSIMPANGAN BERTINGKAT (FLYOVER) DI PERSIARAN ANGGERIK VANILLA DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah status bagi projek ini?
-
Bagaimanakah kos projek ini boleh dikongsi dengan pemaju sekitar kawasan ini dan dari kawasan Majlis Daerah Kuala Langat? Huraikan
-
Bilakah wang caruman yang di pegang oleh MDKL dapat diselaraskan dengan MBSA?
91) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kerajaan negeri perlu membuat syarat kepada program-program MES?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang mahu menggantikan slogan MES kepada "Memilih-Rakyat Ekonomi Selangor" supaya lebih sesuai dengan syarat yang dibuat?
