93) ASET PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah pendekatan penjualan aset PKNS tersebut adalah strategi baru kerajaan negeri "MERANAPKAN" ekonomi rakyat Selangor dan bukan Merakyatkan Ekonomi Selangor?
-
Adakah kompleks PKNS yang terlekat di Bangi juga akan turut dijual?
-
Adakah penjualan aset ini adalah buah fikiran daripada Penasihat Ekonomi Selangor yang dilantik oleh kerajaan negeri?
93) RIZAB SIMPANAN WANG PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan rizab simpanan wang setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang
93) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini rizab Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan jumlah rizab tanpa melakukan projek pembangunan di Selangor?
93) PUSAT KOMUNITI BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan pusat komuniti setempat belia di setiap Dun?
-
Apakah aktiviti dan sukan belia setempat boleh adakan?
93) Penguatkuasaan Kilang-Kilang Haram / Pencemaran Sungai
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang-kilang haram yang terletak dalam Kawasan sumber air mentah di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap kilang tersebut?
93) SUNGAI AUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tarikh-tarikh projek pendalaman Sungai Aur yang telah dilaksanakan.
-
Sila berikan jadual yang telah ditetapkan untuk pendalaman sungai ini.
93) SUMBER MANUSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai kah jumlah penganggur di negeri ini mengikut kategori siswazah dan bukan siswazah ?
-
Berapa ramai dan berapa peratuskah pekerja asing di negeri ini mengikut kategori sama ada pekerja profesional, jurutera, pengurus, doktor hinggalah ke pekerja kilang, pekerja ladang dan sebagainya ?
-
Adakah kerajaan negeri menetapkan sebarang syarat kepada pelabur luar serta syarikat tempatan peratus pengambilan pekerja asing mengikut jenis pekerjaan , sektor industri dan sebagainya untuk memastikan peluang pekerjaan pekerja tempatan tidak tersekat ?
93) KES TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dari JKR/IKRAM mengenai keselamatan penduduk di Taman Bukit Antarabangsa
93) KUALITI JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Selain daripada meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan di ambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya?
-
Adakah spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan ditingkatkan?
93) SKIM GAJI MINIMA RM1,500.00 SEBULAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai kakitangan Awam di Negeri Selangor yang pendapatannya di bawah RM1,500.00 sebulan dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan supaya perlaksanaan gaji RM1,500.00 dapat dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran kos tambahan Kerajaan untuk melaksanakan polisi gaji minima RM1,500.00 sebulan?
