93) POTONGAN BEKALAN AIR KERANA SEBAHAGIAN PENDUDUK DI PANGSAPURI TIDAK MENJELASKAN BIL AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Merujuk perkara di atas, adakah kerajaan mengadakan satu polisi atau cara-cara mengatasi masalah potongan bekalan air? Sila nyatakan.
93) MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
-
Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
-
Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?
93) JAWATANKUASA OSC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan senarai nama ahli majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berada dalam Jawatankuasa OSC mengikut tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
93) PENGGANTIAN PAIP LAMA JALAN HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan akan menggantikan paip-paip lama di Jalan Hulu Langat yang kerap pecah dewasa ini?
93) KOLAM TADAHAN JALAN BATU UNJUR, TAMAN BAYU PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek ini?
93) PERWAKILAN DARIPADA KAUM INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah hanya seorang sahaja wakil daripada kalangan kaum India dipilih sebagai ÒAhli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (EXCO)Ó, ini menunjukkan seolah-olah kedudukan kaum India masih tidak berubah walaupun kini Pakatan Rakyat telah mengambil alih tampuk pimpinan dan menubuhkan Kerajaan Negeri?
-
Adakah seorang daripada kalangan kaum India akan dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar dalam Negeri Selangor Darul Ehsan ini?
93) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memanjangkan tarikh permohonan Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin akibat Covid-19?
-
Senaraikan kilang-kilang yang telah berjaya dan tidak berjaya dalam program ini.
93) KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memberi perhatian terhadap masalah tempat letak kereta di kawasan membeli-belah dan bangunan bertingkat seperti pangsapuri-pangsapuri serta kondominium-kondominium?
-
Hasil yang patut diperolehi oleh kerajaan tempatan terhilang dengan menswastakan konsesi tempat letak kereta di dalam negeri. Bilakah situasi ini akan dibalikkan supaya kerajaan mendapat balik hasil yang hilang?
-
Syarikat-syarikat manakah yang kini memegang hak untuk pungut bayaran letak kereta di dalam negeri? Sila senaraikan.
93) KES TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dari JKR/IKRAM mengenai keselamatan penduduk di Taman Bukit Antarabangsa
93) TANAMAN POKOK KAYU BAKAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membendung aktiviti penebangan kayu bakau secara haram sehingga menyebabkan hakisan tanah di dalam Negeri ini?
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi memelihara dan memulihara tanaman pokok kayu bakau sebagai inisiatif penebatan banjir?
