93) TATACARA DAN PERATURAN PENGELUARAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah justifikasi Kerajaan Negeri memberi kelulusan permit khas bahan batuan 4B/4C kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) untuk mengeluarkan pasir sungai di sepanjang Sungai Klang dan menjual pasir tanpa membayar royalti bahan batuan kepada Pihak Berkuasa Negeri?
93) SUBSIDI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri memberi kupon air percuma untuk subsidi air penduduk di kawasan flat yang menggunakan meter pukal. Sejak bilakah kupon tersebut mula dikeluarkan ?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan dan siapakah atau penduduk manakah yang telah menerima kupon sepanjang tempoh tersebut ?
-
Apakah mekanisme pemberian kupon tersebut kerana wujud dakwaan penduduk yang tidak pernah menerimanya ?
93) NOTIS 7A KANUN TANAH NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon PTGS dan setiap pejabat tanah menyenaraikan bilangan Notis 7A yang telah dikeluarkan pada tahun 2018 akibat pelanggaran syarat nyata guna tanah dan status terkini untuk setiap notis yang dikeluarkan pada masa sekarang.
93) PUSAT KOMUNITI BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan pusat komuniti setempat belia di setiap Dun?
-
Apakah aktiviti dan sukan belia setempat boleh adakan?
93) KUALITI JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Selain daripada meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan di ambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya?
-
Adakah spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan ditingkatkan?
93) SKIM GAJI MINIMA RM1,500.00 SEBULAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai kakitangan Awam di Negeri Selangor yang pendapatannya di bawah RM1,500.00 sebulan dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan supaya perlaksanaan gaji RM1,500.00 dapat dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran kos tambahan Kerajaan untuk melaksanakan polisi gaji minima RM1,500.00 sebulan?
93) PENGGANTIAN PAIP LAMA JALAN HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan akan menggantikan paip-paip lama di Jalan Hulu Langat yang kerap pecah dewasa ini?
93) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Satu senarai pelabur tempatan dan asing yang telah dan bakal melabur di Selangor dalam tempoh satu tahun yang lalu dengan huraian terhadap nilai, lokasi, jenis pelaburan dan bilangan peluang pekerjaan yang dapat dijana
-
Apakah hasil daripada lawatan kajian ke Taiwan pada akhir tahun lalu?
93) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga bulan Mei 2009, sudah berapa kali kerajaan Negeri Selangor mencari pelabur di luar negara dan apakah negaranya?
-
Sila nyatakan perbelanjaan setiap kali kerajaan Negeri Selangor ke luar negara untuk mencari pelabur dengan terperinci
93) KOLAM TADAHAN JALAN BATU UNJUR, TAMAN BAYU PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek ini?
