100) KOMPLEKS SUKAN PELBAGAI GUNA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk membina komplek sukan pelbagai guna di Selangor khususnya di DUN Taman Templer?
100) PERPADUAN RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan mengeratkan perhubungan antara kaum terutamanya di kawasan desa dan kampung?
-
Bagaimana kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan perpaduan supaya tidak terpengaruh dengan unsur fitnah dan isu 3R?
100) PROGRAM KURSUS INSENTIF PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KIPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan semasa progam Kursus Insentif Perkembangan KanakKanak (KIPK) serta berapakah jumlah pendaftaran semasa di bawah I-Asuh bagi pengasuh-pengasuh di rumah?
100) PENYENGGARAAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan MBSA di muka surat 113: Apakah sebab-sebab rancangan penyenggaraan jalan secara berkala tidak disediakan?
-
Apakah sebab-sebab daftar inventori penyenggaraan jalan tidak diselenggara?
-
Apakah sebab-sebab tiada pemantauan dilakukan dan aduan yang diterima lewat diambil tindakan?
100) RUMAH SETINGGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan perumahan setinggan yang masih belum diselesaikan pemindahan atau pemberimilikan tanah.
100) RANCANGAN PEMBESARAN KAMPUNG JENDERAM HILIR, TAMAN JENDERAM MURNI (FASA 2)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perlaksanaan Fasa 2 projek ini?
-
Apakah bentuk penyelesaian terhadap permasalahan Òkawasan rayauÓ Orang Asli di kawasan tersebut?
-
Bilakah dijangka permasalahan ini akan dapat diselesaikan?
100) BANTUAN RUMAH KEBAJIKAN SEPERTI RUMAH ORANG TUA, ANAK YATIM, OKU DAN LAIN-LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan Selangor dapat memberi bantuan dari segi kewangan untuk membantu rumah kebajikan seperti rumah orang tua, rumah anak yatim bawah kerajaan persekutuan?
-
Selain dari segi kewangan, apakah bantuan dapat diberi oleh kerajaan untuk meringankan beban rumah kebajikan?
100) PERUNTUKAN BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk bencana alam yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan melalui agensi manakah peruntukan tersebut diturunkan?
100) PROJEK RIVER OF LIFE (ROL) SG KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah butiran perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor?
-
Apakah butiran perjanjian antara RoL dengan PTDG yang melibatkan urusan tanah?
-
Senaraikan jumlah keluasan rizab sungai dan tanah kerajaan yang terlibat di bawah Projek RoL di DUN Hulu Kelang
100) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah konsep dan mekanisme pelaksanaan biasiswa ini?
-
Apakah bentuk biasiswa yang ditawarkan negeri sebelum ini?
