100) KESAN JEREBU KE ATAS SEKTOR PELANCONGAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kesan jerebu ke atas sektor pelancongan negeri Selangor sejak beberapa tahun lepas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah jerebu ini?
101) JOM SHOPPING PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar JSP perayaan dapat dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada?
101) INDUSTRI SME
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha SITEC untuk memberdaya industri SME dalam bidang e-commerce bagi meningkatkan sumbangan industri tersebut kepada KDNK negara?
101) ENAKMEN FREEDOM OF INFORMATION (FOI) DAN URUS TADBIR KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperbaiki perlaksanaan Enakmen FOI (Freedom of Information) selepas pembentangan penyata SELCAT?
-
Apakah pandangan kerajaan dengan wujudnya Enakmen Ombudsman di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk menuju ke arah Open Government?
101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?
-
Jika tidak, ada tak pekeliling lain yang sama tujuan digunapakai?
101) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab perkhidmatan WIFI Selangorku di 112 lokasi ditamatkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan semula Program WIFI Percuma di Selangor?
-
Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan dalam Projek Penyewaan Peralatan WIFI Selangorku dengan Extol Corporation S/B?
101) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah saranan SELCAT supaya klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat dimasukkan kepada setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor, agensinya dan PBT sudah dilaksanakan?
-
Butirkan statistik permohonan yang diterima dan diluluskan pada tahun 2015
101) PERPUSTAKAAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Di Meru mempunyai 2 buah perpustakaan desa (Meru dan Kg Bukit Kapar) di bawah PPAS Negeri Selangor. Berapakah bilangan peruntukan buku yang diberikan setiap tahun?
-
Jumlah bilangan pengguna yang menggunakannya?
-
Pecahan Pengguna mengikut kaum. dan Apakah langkah dan kempen untuk mempertingkatkan pengguna yang lebih ramai?
101) TINDAKAN TERHADAP KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang haram yang telah diputuskan bekalan elektrik di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang?
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Klang terhadap kilang-kilang haram tersebut?
101) INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPCM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (Industrial Park Management Committee - IPMC)?
-
Bagaimanakah penubuhan IPMC telah berjaya membantu pekilang-pekilang menyelesaikan masalah mereka dengan PBT? Sila berikan contoh.
