101) SKIM PEDULI SIHAT DAN KISS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria penerima skim KISS terkini kerana ada yang sudah tidak layak masih menerima skim tersebut?
-
Bagi penerima skim Peduli Sihat yang dibatalkan, kemanakah baki yang masih tidak digunakan tersebut dimasukkan dan berapakah jumlahnya?
101) JOM SHOPPING PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar JSP perayaan dapat dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada?
101) PEMPROSESAN HAKMILIK STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan permohonan hakmilik strata yang diterima dan siap diproses setiap bulan bermula pada tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah
-
Perbandingan statistik ini dengan pencapaian di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Pulau Pinang
101) STATUS TERKINI TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Pegawai Daerah Gombak telah menghantar cadangan pelan tanah yang telah diluluskan kepada MPAJ. YDP MPAJ mengatakan mereka akan berusaha untuk mencari dana. Adakah kerajaan Negeri akan membantu mengeluarkan perbelanjaan bagi pembinaan kedai ganti berkenaan?
101) TABUNG BANTUAN BENCANA DAERAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah jawatankuasa dibentuk dan bidang kuasanya? Senaraikan
-
Berapakah peruntukan diperolehi setahun dan bencana bagaimana disalurkan?
-
Apakah perancangan memastikan tabungan sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan?
101) PADANG BOLA DAN REKREASI BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan dapat mengadakan padang bola dan rekreasi di kampungkampung bagi tanah milik kerajaan atau MAIS yang telah di beri pajakan kepada persatuan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Selangor untuk mewujudkan dewan badminton/takraw bagi Kampung Paya Jaras Dalam?
101) KEHADIRAN AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah kehadiran setiap Ahli Majlis bermula 1 Jan hingga 30 Jun untuk setiap seorang Ahli Majlis MDKL serta butiran terperinci kegunaan peruntukan masing-masing?
101) PERPUSTAKAAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Di Meru mempunyai 2 buah perpustakaan desa (Meru dan Kg Bukit Kapar) di bawah PPAS Negeri Selangor. Berapakah bilangan peruntukan buku yang diberikan setiap tahun?
-
Jumlah bilangan pengguna yang menggunakannya?
-
Pecahan Pengguna mengikut kaum. dan Apakah langkah dan kempen untuk mempertingkatkan pengguna yang lebih ramai?
101) INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPCM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (Industrial Park Management Committee - IPMC)?
-
Bagaimanakah penubuhan IPMC telah berjaya membantu pekilang-pekilang menyelesaikan masalah mereka dengan PBT? Sila berikan contoh.
101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?
-
Jika tidak, ada tak pekeliling lain yang sama tujuan digunapakai?
