101) SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN UNTUK TUJUAN BANGUNAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kebenaran telah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk melaksanakan skim ini?

101) PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Penguatkuasaan adalah satu elemen penting yang menentukan polisi-polisi kerajaan dapat di laksanakan secara telus dan berkesan. Namun dalam kes peniaga-peniaga asing yang berniaga secara terang-terangan tanpa permit di Pasar Besar Klang, nampaknya penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Klang sama ada terlepas pandang atau tidak mendatangkan kesan langsung dalam menangani masalah yang berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah baru yang akan diperkenalkan oleh MPK bagi mengatasi masalah peniaga-peniaga asing yang bebas beroperasi seawal jam 2 pagi ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk-bentuk denda yang sepatutnya dikenakan ke atas warga asing yang beroperasi secara haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya ?

    Klik jawapan »

  3. Amalan rasuah boleh menyebabkan denda atau tindakan tidak di jalankan atau boleh juga menyebabkan sesuatu operasi yang dirancangkan dipihak PBT seolah-olah dapat di hidu oleh peniaga-peniaga asing sehingga mereka tidak berniaga pada hari-hari berkenaan. Apakah langkah-langkah pihak MPK bagi menjamin amalan rasuah terkutuk ini tidak berlaku di kalangan kakitangannya ?

    Klik jawapan »

101) Tanah Terbiar

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah terdapat cara mengatasi penggunaan tanah terbiar milik kerajaan atau pemaju yang menjadi kegunaan sesuatu pihak yang akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari?

    Klik jawapan »

101) PROJEK MARRIS 2012

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukkan yang diterima daripada Kerajaan Pusat bagi MARRIS di setiap PBT, setiap tahun bermula 2005-2012. Kemukakan Projek MARRIS 2012 bagi setiap DUN di bawah MBPJ yang telah dilaksanakan dan status yang selain itu.

    Klik jawapan »

101) SKIM PEDULI SIHAT DAN KISS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria penerima skim KISS terkini kerana ada yang sudah tidak layak masih menerima skim tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagi penerima skim Peduli Sihat yang dibatalkan, kemanakah baki yang masih tidak digunakan tersebut dimasukkan dan berapakah jumlahnya?

    Klik jawapan »

101) TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah geran-geran tanah persendirian ( bukan tujuan komersil ) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak 2 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang lalu?

  2. Apakah kriteria yang layak dipertimbangkan bagi kelulusan geran-geran tersebut?

101) PERMASALAHAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN JOIN MANAGEMENT BODY (JMB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Negeri Selangor, dan sejauh manakah keberkesanannya dalam menangani permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan selanjutnya dan jangka masa bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

101) PERUNTUKAN UNTUK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapa peruntukan yang disalurkan kepada JPS di setiap daerah pada tahun 2012 dan 2013.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan projek yang telah siap dan kosnya oleh JPS di DUN Kinrara pada 2008 hingga 2012.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah rancangan JPS bagi DUN Kinrara dalam masa 5 tahun akan datang

    Klik jawapan »

101) STATUS TERKINI TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pegawai Daerah Gombak telah menghantar cadangan pelan tanah yang telah diluluskan kepada MPAJ. YDP MPAJ mengatakan mereka akan berusaha untuk mencari dana. Adakah kerajaan Negeri akan membantu mengeluarkan perbelanjaan bagi pembinaan kedai ganti berkenaan?

    Klik jawapan »

101) PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa rumah selangorku yang telah siap dibina mengikut kategori dari tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramai pembeli yang tidak dapat pinjaman untuk membeli rumah Selangorku, walaupun telah ditawarkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu mereka?

    Klik jawapan »