101) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan tahun pertama 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?
-
Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor ?
101) BANTUAN UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan definasi B40 dan M40 untuk Negeri Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk program membantu golongan B40 dan M40?
101) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bayaran Insentif Perkahwinan Belia telah dibayar dari tahun 2008 hingga tahun 2017 ?
-
Berapakah pecahan mengikut kaum penerima Insentif Perkahwinan Belia ?
101) PROGRAM PENDIDIKAN DALAM KARNIVAL KEPENGGUNAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program-program yang dilaksanakan menerusi Karnival Kepenggunaan Negeri Selangor yang bertujuan mendidik pengurangan jumlah pelupusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang tahun 2018.
101) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini projek tersebut.
-
Sila nyatakan kenapa masih terdapat projek Rumah Selangorku yang terpaksa dibatalkan walaupun kelulusan sudah diberikan.
-
Sila nyatakan apakah tindakan dan hukuman yan bakal dikenakan kepada pemaju yang ingkar membina Rumah Selangorku.
101) KUALITI KEHIDUPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis pengukuran yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengukur prestasi perbandaran di Selangor dari segi kualiti kehidupan (Òlivable citiesÓ)
-
Apa hasil pengukuran tersebut berbanding bandar-bandar dunia pertama di dunia
101) SYARAT KELULUSAN SEBUAH TASKA KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Kelulusan sebuah taska komuniti ialah berlandaskan nisbah satu taska bagi bilangan 2500 penduduk. Apakah pihak PBT masih mengguna pakai syarat lama itu bagi meluluskan kewujudan sebuah taska sememangnya menjadi keperluan ibu bapa yang bekerja, khususnya para ibu tunggal bekerja? Apakah rasionalnya?
-
Apakah usaha pihak PBT dan badan berwajib memastikan bahawa tiada peraturan/syarat yang menyulitkan kebolehan diwujudkan taska-taska di mana ia diperlukan?
101) PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa rumah selangorku yang telah siap dibina mengikut kategori dari tahun 2008 hingga kini?
-
Berapa ramai pembeli yang tidak dapat pinjaman untuk membeli rumah Selangorku, walaupun telah ditawarkan?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu mereka?
101) MASALAH PENCEMARAN KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah sistem pemantauan Jabatan Alam Sekitar bagi mengatasi masalah pencemaran kilang-kilang di Hulu Selangor memandangkan JAS tidak mempunyai cawangan di daerah Hulu Selangor?
101) MASALAH PENYELENGGARAAN TASIK COVA DI PJU 3
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan tindakan yang telah ,sedang dan akan dilakukan untuk menangani masalah Tasik Cova yang mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk sekitar?
