101) TABUNG BANTUAN BENCANA DAERAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah jawatankuasa dibentuk dan bidang kuasanya? Senaraikan
-
Berapakah peruntukan diperolehi setahun dan bencana bagaimana disalurkan?
-
Apakah perancangan memastikan tabungan sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan?
101) PAJAKAN DAN PEMBANGUNAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk memastikan bahawa kepentingan rakyat adalah dilindungi dan diberikan kedudukan atau status hak milik kekal atau selamanya untuk tanah mereka tanpa apa-apa bayaran premium di mana ia adalah hak mereka?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan isu pajakan tanah sebagai satu alat untuk pembangunan atau pembangunan semula Bandaraya Petaling Jaya?
-
Jika akan berlakunya pembangunan atau pembangunan semula di Bandaraya Petaling Jaya, bagaimanakah ini akan dilakukan?
101) BAHASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan dimanakah undang-undang yang melarang pemaju untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk projek pembangunan/nama kondominium.
101) HOTEL-HOTEL BAJET BANYAK DIBINA SEMENJAK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DARI 2008
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan hotel bajet ini kepada pembangunan sosioekonomi negeri?
-
Berapakah bilangan hotel-hotel bajet di seluruh Selangor sekarang mengikut PBT / daerah?
-
Apakah langkah kerajaan untuk mengawal selia operasi hotel-hotel?
101) PEMBINAAN JALAN SUBANG -SG. BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Jalan raya yang di bina oleh JKR Subang - Sg Buloh sudah hampir siap dan menimbulkan masalah dan memangsakan penduduk. Beberapa perbincangan telah dilakukan bersama ADUN, JKKK dan lebih 1000 Pekilang-pekilang. Namun tidak ada tindakan dari pihak JKR. Sebelum pembinaan jalan raya, ada empat jalan memasuki Kg. Baru Sg Buloh. Kini hanya satu jalan sempit memasuki kawasan ini dan menimbulkan kesesakan trafik yang dahsyat. Apakah langkah -langkah untuk membetulkannya
-
Pekilang-pekilang dengan treler panjang terpaksa membuat U-Turn beberapa kilometer sebelum dapat memasuki ke kilang masing-masing di Kg. Baru Sg. Buloh. Mengapakah cadangan untuk melebarkan jalan bagi memudahkan treler-treler memasuki tidak mendapat perhatian. Apakah perancangan untuk menyelesaikan masalah ini.
101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?
-
Jika tidak, ada tak pekeliling lain yang sama tujuan digunapakai?
101) URUSTADBIR ANAK SYARIKAT BERHEMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan seseorang Ketua Eksekutif tidak menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada terlalu banyak syarikat sedangkan peraturan hanya membenarkan 3 syarikat subsidiari sahaja (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1985)?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan prosedur kerja dan SOP disediakan dan sentiasa di kemas kini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan ditubuhkan seperti kehendak PP Bil 9/1993?
101) PUSAT DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan untuk setiap pusat dialisis yang dirancang oleh kerajaan Selangor?
-
Berapakah pesakit telah menikmati servis ini?
101) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?
101) PREMIUM TANAH KEDAI KG. BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Premium pajakan tanah kedai di Kg. Baru dianggap terlampau tinggi sehingga RM30 kaki persegi. Adakah kerajaan Selangor bercadang mengurangkan kadar ini.
-
Jika ya, bagaimana caranya?
