102) PERUNTUKAN UNTUK DUN PANDAMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
DUN Pandamaran telah menjadi besar apabila cantuman dari DUN Pandamaran dan DUN Kota Alam Shah pada 2018. Peruntukan masih sama untuk DUN Pandamaran tapi kena jaga dua DUN lama. Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk DUN yang mempunyai pengundi yang lebih untuk meringankan kerja ADUN? Misalnya peruntukan untuk pengundi yang lebih dari 45000 ditambahkan kepada RM1.2 juta dan pengundi kurang dari 45000 kekal RM800,000.00.
102) PEKERJA KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peratusan pekerja warga asing yang berkhidmat dengan KDEBWM dan kontraktor-kontraktornya secara terperinci.
-
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh KDEBWM dan kontraktorkontraktornya untuk mengambil pekerja tempatan terutamanya golongan B40 secara terperinci.
102) SAMPAH DOMESTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan sampah domestik setiap bulan pada tahun 2016 mengikut PBT.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang kitar semula?
102) DEWAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina gelanggang sukan pelbagai guna bentuk seperti dewan tertutup atau stadium tertutup seperti Stadium MPSJ Serdang Jaya di Daerah Gombak?
102) BANTUAN KEPADA PEKERJA DAN BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan yang diberikan kepada pekerja dan bekas pekerja ladang di Selangor?
-
Nyatakan peratusan jumlah peruntukan yang telah dan belum dibelanjakan?
102) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Kilang Haram yang dikenal pasti di negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Berapakah jumlah Kilang Haram yang telah diputihkan mengikut pecahan daerah?
102) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah di atas tanah wakaf seluas 1.21 hektar terbengkalai yang mana sepatutnya siap pada bulan April 2008. Jumlah murid-murid sekolah bertambah ekoran pembangunan pesat di Pulau Indah dan kelas yang sedia ada di bangunan lama tidak berupaya lagi menampung pertambahan murid-murid. Justeru itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut untuk menampung jumlah murid-murid yang semakin bertambah
-
Apakah status atau laporan terkini berkenaan projek pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Indah.
-
Berapakah anggaran penambahan kos pembinaan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pulau Indah yang baru akibat kelewatan dan pihak mana lagi yang terlibat selain dari Majlis Agama Islam dan Jabatan Kerja Raya?
102) PEKERJA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri memberikan sebarang insentif kepada sektor swasta untuk memberi galakan agar pekerja tempatan diutamakan seperti pengurangan kadar cukai dan sebagainya?
-
Berapa ramaikah pekerja yang diberhentikan kerja pada tahun 2007 di negeri ini serta sebab mereka diberhentikan seperti penutupan kilang, pengecilan operasi, pemindahan ke negeri atau negara lain serta lain-lain sebab ?
-
Berapa banyakkah aduan yang diterima daripada pekerja yang diberhentikan ini yang tidak mendapat pampasan atau ganjaran yang sepatutnya ?
-
d) Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang mekanisme untuk membantu pekerja yang diberhentikan ini seperti perkhidmatan guaman, pinjaman perniagaan, kursus perniagaan dan sebagainya ?
103) KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kronologi perbincangan pihak konsesi KIDEX Sdn Bhd dengan kerajaan negeri sehingga mendapat persetujuan daripada kerajaan?
103) TUTUP KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah kilang-kilang industri yang terpaksa ditutup di negeri Selangor ekoran kegawatan ekonomi?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merangsang menarik pelabur-pelabur luar di samping terus mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada?
