103) KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian Selangor?
-
Senaraikan program kesenian dan kebudayaan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
103) ISU BANJIR DI TAMAN MUTIARA BUKIT RAJA, KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Mutiara Bukit Raja, Klang?
-
Apakah wujud perancangan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
103) TUTUP KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah kilang-kilang industri yang terpaksa ditutup di negeri Selangor ekoran kegawatan ekonomi?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merangsang menarik pelabur-pelabur luar di samping terus mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada?
103) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah PPR yang telah mendapat peruntukan Kerajaan Selangor?
-
Apakah status pemilikan bangunan PPR di bawah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan?
-
Apakah bentuk keistimewaan di beri oleh Kerajaan Negeri bagi projek PPR ini?
103) KESALAHAN HUTAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kes kesalahan hutan yang telah berjaya dikesan oleh JPNS melibatkan kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan pokok secara haram.
-
Apakah mekanisme pihak berwajib dalam mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah yang sukar dikesan ketika melakukan kesalahan hutan seperti pembakaran terbuka
103) TAPAK UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa. Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.
103) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU TAQWANIAH DI KAMPUNG PAYA JARAS HULU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tentang proses pengambilan tanah bagi surau tersebut?
-
Bilakah jangkaan masalah ini dapat diselesaikan?
103) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jumlah peserta program pemutihan kilang haram
-
Senaraikan tindakan penguatkuasaan kerajaan terhadap kilang haram yang enggan menyertai program pemutihan
103) PROJEK FESTIVAL LAKECITY PUCHONG BERLOKASI DI BELAKANG IOI MALL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan kebenaran merancang (KM) terhadap projek tersebut?
-
Nyatakan status zon guna tanah bagi keseluruhan lokasi projek tersebut mengikut pengubahan pelan terkini.
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh PBT sekiranya informasi pengiklanan yang tidak tepat dipaparkan sebelum sebarang kelulusan pembangunan dari PBT?
103) KEMPEN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pelancaran Kempen Hijau dilakukan di bawah MPKj?
-
Apakah projek dan program yang telah dilakukan?
-
Di manakah tumpuan menghijaukan kawasan di Bandar Baru Bangi?
