103) TAPAK UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa. Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.
103) GERAN KEKAL DAN CUKAI TANAH NOMINAL UNTUK TANAH KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sama ada kerajaan sudah memutus untuk menukar geran tanah Karnpung Baru kepada geran kekal dan penjelasan kerajaan
-
Sama ada cukai tanah nominal RM1 akan ditawarkan kepada tempat-tempat beribadat di Kampung Baru dan penjelasan kerajaan
103) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik melalui peruntukan RM 100 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2014 ?
103) KEMPEN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pelancaran Kempen Hijau dilakukan di bawah MPKj?
-
Apakah projek dan program yang telah dilakukan?
-
Di manakah tumpuan menghijaukan kawasan di Bandar Baru Bangi?
103) FRUIT VALLEY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan Selangor Fruit Valley?
-
Apakah inisiatif seterusnya untuk memajukan produk fruit salad negeri?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan rakyat terlibat dalam pengeluaran fruit salad ?
103) PELABUR ASING TERBESAR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pelaburan asing yang melabur di Selangor sejak tahun 2008 mengikut saiz pelaburan, negara asal pelabur dan tempat mereka melabur
103) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serius menguatkuasakan pewujudan zon-zon pusat hiburan di Selangor?
-
Nyatakan pulangan ekonomi yang dinikmati hasil kewujudan pusat-pusat hiburan sedia ada?
-
Nyatakan jumlah pelancong asing yang berkunjung ke premis-premis hiburan mengikut PBT dan adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan premis hiburan didalangi oleh kumpulan kongsi gelap (underworld)?
103) BANTUAN KEBAJIKAN JKM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar bantuan bulanan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri untuk penerima bantuan kemiskinan jabatan kebajikan masyarakat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat ingin menaikkan kadar bantuan bulanan dari kerajaan negeri kepada kadar yang lebih realistik dalam keadaan kegawatan ekonomi?
-
Berapa ramai penerima bantuan daripada kerajaan negeri, sila kemukakan mengikut daerah?
103) Persediaan Sukma 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tahap persiapan kontinjen negeri Selangor dalam menghadapi kejohanan Sukan Malaysia 2020 yang telah ditangguhkan sehingga 2021?
-
Bagaimanakah kaedah latihan atlet-atlet di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
-
Berapakah kutipan pingat emas yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor?
103) PROJEK LOJI INSINERATOR SISA KEPADA TENAGA (WTE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memilih syarikat YTL Power sebagai rakan kongsi KDEB Waste bagi projek loji insinerator sisa kepada tenaga (WTE) ? Apakah jaminan KDEB Waste tidak akan ditelan oleh YTL berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat?
