108) KEMISKINAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik rakyat fakir dan miskin semasa mengikut kaum?
-
Apakah program dan strategi untuk membanteras masalah ini?
108) KESIHATAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak daripada peruntukan RM1 juta untuk kesihatan mental telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah jenis program yang telah dilaksanakan di bawah subsidi kesihatan mental ini?
108) PROGRAM USAHAWAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah program bagi menggalakkan belia India menjadi usahawan dan bagaimanakah penggunaan peruntukan 1 juta untuk usahawan belia India?
108) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri memperuntukan subsidi RM100 seorang anak ke nurseri untuk mengurangkan beban ibu bapa.Berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk pemberian subsidi SI KEMBAR sehingga 2013?
-
Berapakah jumlah ibu bapa yang telah menerima manfaat dari SI KEMBAR mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
108) STATISTIK KUTIPAN SISA KITAR SEMULA DUN HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik kutipan sisa kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang sepanjang tahun 2018.
108) KONTRAK-KONTRAK KERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang-peluang kontrak kerja daripada Majlis-majlis Bandaraya dan Perbandaran diberikan kepada rakyat Selangor mengikut kaum bagi tahun 2008, 2009 dan 2010?
-
Mengapakah kontrak kerja Kelas F khas bagi kaum Bumiputra sahaja masih wujud di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan kontrak-kontrak kerja kepada semua tanpa mengira kaum?
108) PERANAN KRT, RA, JKKK DAN MPKK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat peranan yang berulang di kalangan KRT, RA, JKKK dan MPKK. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menyatukan peranan dan sistem agensi-agensi ini demi memudahkan urusan-urusan berkenaan dan menjelaskan peranan agensiagensi ini kepada rakyat?
109) SAP HOLDINGS BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan SAP Holding Berhad?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan SAP Holding Berhad?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian SAP Holding Berhad?
109) SENARAI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN BERMASALAH DI DUN HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama kontraktor pembersihan dengan jumlah aduan dan amaran yang diberikan mengikut zon MPAJ di dalam DUN Hulu Kelang.
109) BALKIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status tuntutan kerajaan terhadap pembubaran BALKIS sebagai pertubuhan dan pengeluaran wang secara tidak sah?
-
Apa yang berlaku kepada asrama yang digunakan oleh BALKIS sebelum ini menempatkan pelajar-pelajar?
