109) PENURUNAN CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Dalam Manifesto pilihan raya lalu Pakatan Rakyat telah menjanjikan untuk menurunkan 20 peratus cukai pintu. Sehingga hari ini janji hanya tinggal janji, rakyat di tipu. Denda lewat bayar telah dinaikkan kepada RM20, ini bebankan rakyat bukan semua rakyat mampu bayar mengikut tarikh yang ditetapkan. Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu dan denda lewat yang dikenakan, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembap ini?
109) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah peruntukan MARRIS bagi Negeri Selangor untuk tahun 2006, 2007, 2010,2011 dan 2012.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini (untuk tahun 2012 ) bagi setiap DUN ?
-
Adakah perancangan bagi pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi peruntukan ini pada masa hadapan ?
109) PUSAT PERANGINAN DAN PENGINAPAN PANTAI BAGAN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini cadangan pembinaan Pusat Penginapan Moden di Pantai Bagan Sekinchan ?
-
Sila huraikan perancangan terkini Kerajaan Negeri untuk membangunkan DUN Sekinchan sebagai destinasi baru Agro-pelancongan yang baru ?
-
Apakah pihak Kerajaan akan membenarkan sebahagian kecil kawasan bendang yang berdekatan dengan kampung Baru Site B ditukarkan syarat penggunaannya untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan tersebut ?
109) KES KEKASARAN MELIBATKAN PENGUATKUASA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kes-kes kekasaran yang melibatkan penguatkuasa PBT dengan orang awam mengikut PBT sepanjang tahun 2018 dan 2019. Apakah perancangan PBT dalam menghadapi kes-kes sedemikian dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku?
109) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penstrukturan industri air Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci kos pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat?
109) PANGSAPURI PERKHIDMATAN & PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan unit pangsapuri perkhidmatan (termasuk SOHO) yang diluluskan oleh MBPJ dan MPSJ pada tahun 2018.
-
Nyatakan bilangan unit pangsapuri (harga bebas, bukan Rumah Selangorku) yang diluluskan oleh MBPJ dan MPSJ pada tahun 2018
109) TALIAN HAYAT SELAMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan panggilan yang diterima oleh talian hayat SELamat dari Januari-September 2023?
-
Nyatakan bilangan tenaga kerja dan jumlah peruntukan yang digunakan untuk tahun 2023.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewarwarkan talian hayat SELamat?
109) PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor?
-
Senaraikan jumlah padang ragbi awam yang wujud di Selangor?
109) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan pembaikan kerosakan longkang monsun atau tebing sungai atau longkang?
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan berkenaan masalah banjir kilat?
109) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Tidak adakah cadangan memperluaskan program bantuan sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan?
