109) ADNS PELABUHAN KLANG DIISYTIHARKAN KOSONG AKIBAT KETIDAKHADIRAN ADNSNYA KE SIDANG DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan perlembagaan yang mewajarkan kerusi ahli DNS diisytiharkan kosong?
-
Apakah implikasi dari pengisytiharan Mahkamah bahawa ahli Dewan Pelabuhan Kelang masih kekal ?
-
Tidakkah mahkamah mencabul hak dan kedudukan Dewan Negeri Selangor?
109) KUTIPAN SAMPAH OLEH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan PBT yang terlibat dengan kutipan sampah oleh KDEB
-
Sila nyatakan secara perbandingan prestasi kutipan sampah di antara KDEB dengan kontraktor lantikan PBT
-
Sila kemukakan pelan perancangan kutipan sampah secara holistik bagi Negeri Selangor untuk 5 tahun akan datang
109) INDUSTRI PENTERNAKAN BURUNG WALIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara detail apakah potensi dan cabaran industri penternakan burung walit?
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang garis panduan terhadap penternakan burung walit dan bilakah ianya akan diumumkan?
-
Sila nyatakan apakah benar Kerajaan Negeri berhasrat tidak mengizinkan penternakan burung walit dijalankan di Kawan bendang ? Jika ia,sila nyatakan apakah rasional larangan tersebut?
109) SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Bukit Melawati telah mencadangkan Skim Perumahan Kos Rendah di 3 kawasan iaitu, di Sungai Rambai,Ladang Kuala Selangor dan Kampong Tanjong Keramat. Apakah status permohonan ini ?
-
Bilakah program ini akan dilaksanakan ?
109) Keluasan Hutan Simpanan Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan hutan simpanan yg masih ada di Selangor?
-
Apakah status hutan di Kuala Langat dan adakah hutan ini dibenarkan untuk diterokai?
109) PROSEDUR OPERASI SEKOLAH DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGHADAPI KES COVID-19 SEMASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan mempunyai prosedur khusus bagi operasi sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri khususnya Sekolah Agama Rakyat bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 semasa?
109) RM 500 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Dalam ucapan membahaskan Bajet 2012 di Parlimen, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 juta untuk pembinaan rumah mampu milik. Berapakah jumlah rumah yang telah dibina menerusi peruntukan ini?
-
Di manakah lokasi-lokasi rumah ini dan berapakah harganya?
-
Apakah kaedah pelaksanaannya dan senarai syarikat-syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.
109) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan apabila berlakunya hujan lebat. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir ini untuk jangka masa panjang?
-
Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan sebagai projek pembangunan khas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)?
109) SIMPANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah sumber dan faktor-faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan simpanan kewangan kerajaan Negeri Selangor yang mencecah lebih dari RM3 bilion ?
-
Senaraikan mengikut kepentingan, sektor-sektor utama yang difokuskan oleh Kerajaan Negeri bagi menyalurkan dana tersebut ?
109) PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Selangor yang menghadapi masalah atau kelewatan, contohnya pembinaan sekolah, hospital, bangunan kerajaan dan sebagainya
-
Sertakan kos setiap satu projek tersebut
