11) DIVIDEN DARIPADA KONSESI TOL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dividen yang telah diterima oleh kerajaan daripada konsesi tol sejak Kerajaan Negeri memegang kepentingan syer di setiap konsesi tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung
-
Nyatakan kesemua lebuh raya yang dipegang syer oleh Kerajaan Negeri sama ada secara langsung atau tidak langsung serta peratusan syer yang dipegang oleh kerajaan di setiap konsesi tersebut
11) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang telah dibina pada tahun 2014 ?
-
Senaraikan daerah-daerah yang terdapat rumah mampu milik di Selangor?
12) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiaptiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?
12) PORTFOLIO PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar dan perancangan portfolio Pelancongan tahun 2015?
-
Apakah ada perbezaan atau penambahan perancangan berbanding tahun-tahun sebelumnya?
12) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah konsep pelaksanaan program Kerajaan Prihatin?
-
Nyatakan manfaat hasil program yang dilaksanakan?
-
Beri statistik rakyat yang terlibat dalam program ini?
12) TAPAK TANAH PERKUBURAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Tapak tanah perkuburan orang-orang Islam yang terdapat di kawasan DUN Semenyih seperti di Sg Lalang, Ulu Semenyih, Sg Purun dan Kg Rinching telah hampir penuh. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi tapak perkuburan yang hampir penuh tersebut?
12) SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sama ada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor?
-
Adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukan untuk dibina sekolah agama?
12) PERMIT MENGANGKUT BAHAN GALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Lori-lori berat yang mengangkut bahan galian seperti tanah, batu dan pasir sering menimbulkan masalah di jalanraya seperti lebih muatan dan kesalahan lalu lintas. Lori-lori tersebut dilihat sentiasa berada di jalan raya tanpa mengira waktu. Ingin tahu, bagaimana permit membawa bahan galian ini dikeluarkan dan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha.
-
Senaraikan syarikat-syarikat pengusaha kuari di Selangor serta syarat-syarat meletup batu yang sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha. Bagaimana kaedah pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang daripada agensi yang berkaitan?
-
Berapakah hasil yang kerajaan perolehi daripada kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah pada tahun 2014 mengikut PBT?
12) STATUS PEMBANGUNAN KOTA SERI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu? i) Sila nyatakan anggaran kos pembinaan; ii) Keluasan tanah yang di ambil dan kos pembinaan yang terlibat; dan iii) Adakah Bangunan Baru Majlis Daerah Kuala Langat akan dibina oleh Kerajaan Negeri dan berpindah ke Kota Seri Langat.
12) SEMAKAN HARGA RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah kali terakhir kerajaan Negeri melakukan semak harga pembinaan rumah tersebut?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor di Daerah Petaling yang enggan menyertai projek pembinaan rumah tersebut?
