12) METER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penduduk yang telah terlibat dalam penukaran meter pukal kepada meter individu pada tahun 2009, 2010 dan 2011?
-
Apakah sasaran kerajaan negeri dalam memastikan program ini selesai sepenuhnya?
12) PEMBELIAN SPLASH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembelian SPLASH?
-
Apakah faktor pembelian SPLASH gagal diputuskan dalam tempoh ditetapkan?
-
Apakah implikasi dari kelewatan pembelian SPLASH?
12) DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan operasi dan program yang telah dilaksanakan untuk membanteras nyamuk Aedes mengikut PBT dalam Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga kini.
-
Nyatakan bilangan operasi pemeriksaan dan kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT dari tahun 2008 sehingga kini
-
Nyatakan bentuk bantuan yang boleh dan akan diberikan oleh PBT kepada masyarakat di kawasan bawah seliaannya jika ingin melaksanakan program gotong royong membasmi denggi.
12) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri memiliki cadangan untuk meluaskan skop perlindungan rawatan kesihatan di bawah Skim Peduli Sihat kepada rawatanrawatan lain seperti penjagaan gigi dan mata?
12) JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Didapati banyak jalan-jalan kampung dan luar bandar yang daif, usang dan tidak sempurna. Apakah tindakan kerajaan negeri melalui PBT untuk menangani permasalahan ini?
12) MERAKYATKAN EKONOMI NEGERI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan terbaru bagi kelangsungan MES?
-
Kenapakah program ÒJOM ShoppingÓ SMUE diberhentikan?
12) SENARAI DAN BAYARAN KEPADA KAKITANGAN PEJABAT MB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan senarai kakitangan, gaji, elaun dan bonus yang dibayar kepada kakitangan Pejabat Menteri Besar bermula tahun 2000 hingga 2015.
12) MANIFESTO MANFAAT IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan ibu tunggal di Selangor dari 2008 hingga 2012 mengikut pecahan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membantu ibu tunggal yang terbabit?
-
Apakah program-program yang telah dilaksana dari 2008 hingga 2012 bagi membantu mereka?
12) LANGKAH PEMELIHARAAN PERMATANG KUARZA GOMBAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah semasa yang diambil oleh kerajaan bagi memelihara kawasan Permatang Kuarza, Gombak dan melindungi persekitarannya sementara proses pengiktirafan UNESCO diperolehi?
12) RIZAB NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk program atau projek untuk manfaat rakyat hasil peningkatan rizab tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan rizab ini untuk mengambil alih industri air negeri?
