12) UNIT INTEGRITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua agensi Negeri Selangor yang telah menubuhkan unit integriti
-
Nyatakan nombor kakitangan dalam unit integriti di setiap agensi di (a).
-
Nyatakan untuk setiap agensi di (a) berapa kes aduan telah dikendalikan sejak penubuhan.
12) PILIHANRAYA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Di Selangor proses pemilihan jawatankuasa masjid telah dilakukan sebelum ini manakala Kerajaan negeri Pulau Pinang pula menamakannya pilihan raya masjid. Adakah kerajaan Selangor bercadang merombak proses pemilihan AJK masjid untuk diadakan seumpama pilihan raya?
-
Siapakah pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengadakan proses pemilihan yang adil?
-
Apakah jaminan bahawa proses pemilihan AJK masjid Selangor dilakukan telus dan adil?
12) PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga kini?
12) PERKHIDMATAN PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan atau daerah yang telah mendapat wi-fi percuma Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi wi-fi percuma ke daerah Cheras/Balakong?
-
Apakah masalah yang dihadapi dan rancangan bagi mengatasi masalah ini?
12) MASALAH AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Benarkah dakwaan pihak pembangkang yang diwar-warkan di dalam media mereka bahawa Negeri Selangor akan menghadapi krisis air menjelang 2014 ? Apakah hujah dan fakta Kerajaan Negeri Selangor bagi menafikan tohmahan ini ?
-
Apakah bentuk-bentuk kerugian yang akan di tanggung oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya Kerajaan Negeri Selangor akur dan menurut kehendak Kerajaan Pusat dalam menangani krisis air di Negeri Selangor ? Sila perjelaskan.
-
Apakah perancangan-perancangan masa hadapan yang akan dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani masalah air di Selangor ?
12) SELANGOR MOBILITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Terangkan secara perinci berkenaan rancangan untuk melaksana program Selangor Mobility?
-
Apakah rancangan untuk perlaksanaan Selangor Mobility di Rawang?
-
Adakah Bas Selangorku akan diteruskan atau dikurangkan setelah perlaksanaan Selangor Mobility?
12) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan program pembangunan belia yang boleh dimanfaatkan setiap DUN setakat ini?
12) PENJUALAN TALAM CORPORATION KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat melakukan usahasama dengan Talam?
-
Berapakah kerugian yang ditanggung anak-anak syarikat hasil usaha sama yang gagal ini?
-
Nyatakan pecahan hasil daripada ÒbailoutÓ ini yang digunakan untuk membiayai Geran Selangorku?
12) PROGRAM KARNIVAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU (3K)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang telah dijalankan di setiap daerah pada tahun 2016 serta butiran terperinci terhadap perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat serta bayaran honorarium kepada setiap penceramah, panelis, petugas luar dan lain-lain
13) PEMBEKUAN LESEN SIBER
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Walaupun pembekuan lesen-lesen siber masih berkuat kuasa, kenapakah dilihat kini banyak kafe siber baru tumbuh seperti cendawan?
