12) HAL EHWAL ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan yang telah diluluskan untuk baikpulih surau dan masjid di DUN Rawang?
-
Bilakah pemohonan naik taraf Masjid Nurul Iman Rawang akan diluluskan?
-
Nyatakan maklumat pemohonan naik taraf tersebut.
12) STADIUM SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah pendapatan Stadium Shah Alam dari 2015-2017?
-
Apakah kelayakan dan kaedah pemilihan pihak pengurusan Stadium Shah Alam?
12) SEMAKAN HARGA RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah kali terakhir kerajaan Negeri melakukan semak harga pembinaan rumah tersebut?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor di Daerah Petaling yang enggan menyertai projek pembinaan rumah tersebut?
12) UNIT INTEGRITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua agensi Negeri Selangor yang telah menubuhkan unit integriti
-
Nyatakan nombor kakitangan dalam unit integriti di setiap agensi di (a).
-
Nyatakan untuk setiap agensi di (a) berapa kes aduan telah dikendalikan sejak penubuhan.
12) SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan setinggan dan keluarga yang masih terdapat di Selangor ketika ini?
-
Nyatakan bilangan setinggan yang belum diselesaikan dan yang sudah dipindahkan mengikut kawasan PBT ?
12) ASET KERAJAAN SELANGOR DI KUALA LUMPUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua aset dan hartanah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor serta anak-anak syarikatnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan apakah penjanaan keuntungan daripada aset-aset ini?
12) BANJIR KILAT DI KAMPUNG PERMATANG PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak JKR mempunyai perancangan untuk menaik taraf sistem perparitan di pekan Kampung Permatang Pasir?
12) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sejak penubuhannya sehingga Ogos 2009, PNSB telah mengeluarkan sejumlah RM110,557.40 sumbangan kepada PEKAWANIS: Bagaimanakah sumbangan ini disalurkan; adakah secara pembayaran langsung atau dimasukkan dahulu ke dalam akaun PEKAWANIS?
-
Apakah proses dan prosedur yang diguna pakai oleh PNSB bagi meluluskan permohonan daripada PEKAWANIS?
-
Apakah garis panduan yang diberikan oleh Kerajaan kepada PNSB agar penyaluran dana daripada PNSB seperti yang telah berlaku kepada BALKIS tidak berulang?
12) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan program pembangunan belia yang boleh dimanfaatkan setiap DUN setakat ini?
12) TARIKAN PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah daya penarik Selangor sebagai destinasi pelaburan?
-
Apakah inisiatif untuk memastikan Selangor terus menjadi destinasi pelaburan yang utama?
