12) PERHENTIAN BAS SUNGAI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan di mana tapak sebenar perhentian bas Sungai Besar yang baru
-
Adakah tapak perhentian bas Sungai Besar yang lama milik kerajaan negeri dan kepada siapakah tapak tanah tersebut diserahkan serta berapakah bayaran premium untuk setiap meter persegi?
-
Sila huraikan apakah projek yang diluluskan oleh kerajaan di atas tapak perhentian bas tersebut. Berikan butir-butir
12) PENJUALAN TALAM CORPORATION KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat melakukan usahasama dengan Talam?
-
Berapakah kerugian yang ditanggung anak-anak syarikat hasil usaha sama yang gagal ini?
-
Nyatakan pecahan hasil daripada ÒbailoutÓ ini yang digunakan untuk membiayai Geran Selangorku?
12) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri memiliki cadangan untuk meluaskan skop perlindungan rawatan kesihatan di bawah Skim Peduli Sihat kepada rawatanrawatan lain seperti penjagaan gigi dan mata?
12) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan program pembangunan belia yang boleh dimanfaatkan setiap DUN setakat ini?
12) LANGKAH PEMELIHARAAN PERMATANG KUARZA GOMBAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah semasa yang diambil oleh kerajaan bagi memelihara kawasan Permatang Kuarza, Gombak dan melindungi persekitarannya sementara proses pengiktirafan UNESCO diperolehi?
12) PELABURAN ASING DARIPADA EROPAH DAN TIMUR TENGAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbandingan pelaburan asing daripada Eropah dan Timur Tengah berdasarkan jumlah projek, nilai pelaburan dan jumlah pekerjaan yang diciptakan bagi tahun 2011 ?
12) SELANGOR MOBILITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Terangkan secara perinci berkenaan rancangan untuk melaksana program Selangor Mobility?
-
Apakah rancangan untuk perlaksanaan Selangor Mobility di Rawang?
-
Adakah Bas Selangorku akan diteruskan atau dikurangkan setelah perlaksanaan Selangor Mobility?
12) PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri boleh memastikan elaun petugas-petugas yang bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang rata-rata kini berada bawah paras gaji minima RM1100 dapat dipertingkatkan?
12) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan indeks pemerdagangan manusia Selangor dan statistik kes tersebut?
-
Adakah kewujudan pusat-pusat hiburan haram menyumbang kepada jenayah ini ?
12) AJARAN SESAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang?
-
Apakah bentuk pemantauan yang dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?
-
Berapakah jumlah kes jenayah syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?
