110) IMPLIKASI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT, FTA) MALAYSIA, AMERIKA SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian FTA bersama Amerika Syarikat. Perjanjian ini akan memaksa Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tarif ke atas produk import dari Amerika . Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap penurunan hasil negeri akibat pengurangan cukai tarif ini?
-
Apakah penilaian Kerajaan Negeri ke atas implikasi perjanjian FTA ini ke atas program kebajikan rakyat seperti kos kesihatan dan ubat , bekalan air 20m3 percuma , gaji minima?
-
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 76(1)(a), Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan Perjanjian FTA ini tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengawal ataupun menyekat implikasi FTA terhadap rakyat Selangor ?
110) PPRT DI BAWAH PKPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Program sosial PKPS melalui pembinaan rumah rakyat termiskin (PPRT) dari tahun 2004 hingga 2008 melibatkan 144 buah. Sila kemukakan pertaburan PPRT ini menurut DUN.
-
Berapa peratuskah PPRT ini yang diagihkan kepada keluarga bukan Melayu?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyelaraskan pembinaan PPRT di bawah anak-anak syarikat kerajaan yang lain?
110) SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan jumlah Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama di bawah tanggungjawab dan pengurusan Kerajaan Negeri Selangor.
-
Berapa banyak peruntukan tahunan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah berkenaan sama ada untuk perbelanjaan mengurus atau pembangunan?
-
Mohon nyatakan jumlah pelajar, guru dan kakitangan sekolah-sekolah berkenaan pada tahun 2015.
110) INSTITUSI MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan anggota jawatankuasa masjid atau surau dalam negeri Selangor yang telah diambil tindakan kerana berpolitik di dalam masjid atau surau?
-
Sila senaraikan bilangan kes tindakan yang telah diambil berdasarkan sempadan DUN dalam Negeri Selangor.
110) AIR BAWAH TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurangan air melalui penggunaan air bawah tanah?
-
Apakah rancangan-rancangan yang ada pada kerajaan untuk mempopularkan penggunaan air bawah tanah?
110) JENAYAH SYARIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis-jenis kesalahan jenayah syariah menurut enakmen negeri?
-
Nyatakan statistik kes jenayah syariah sepanjang tahun 2013 - 2014?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pesalah jenayah syariah dari golongan belia?
110) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PNSB
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PNSB bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PNSB bagi tahun 2008 dan 2009?
110) PROGRAM MAMMOGRAM DAN PAP SMEAR DI DUN HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab khidmat mammogram dan pap smear percuma bagi wanita diberhentikan?
-
Sejauh manakah pelaksanaan program ini mencapai sasaran sejuta wanita sihat di seluruh negeri Selangor?
-
Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melaksanakan program mammogram dan pap smear?
110) PARAS GARIS KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selangor pernah menetapkan gaji minimum RM1,500 seisi keluarga sebulan. Ini menjadikan 30% rakyat Selangor di bawah paras garis kemiskinan. Apakah angka ini masih menjadi ukuran yang digunakan? Jika tidak kenapa ukuran ini gagal?
110) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar pertanian kerajaan negeri Selangor mengenai pengurusan tanah terbiar
-
Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran pertanian di negeri Selangor.
