110) JENAYAH SYARIAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jenis-jenis kesalahan jenayah syariah menurut enakmen negeri?

  2. Nyatakan statistik kes jenayah syariah sepanjang tahun 2013 - 2014?

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pesalah jenayah syariah dari golongan belia?

110) SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon nyatakan jumlah Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama di bawah tanggungjawab dan pengurusan Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak peruntukan tahunan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah berkenaan sama ada untuk perbelanjaan mengurus atau pembangunan?

    Klik jawapan »

  3. Mohon nyatakan jumlah pelajar, guru dan kakitangan sekolah-sekolah berkenaan pada tahun 2015.

    Klik jawapan »

110) SISTEM PENGANGKUTAN LRT3

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan telah menerima permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi pembinaan Projek LRT3?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah meluluskan mana-mana tanah kerajaan untuk digunapakai dalam pembinaan Projek LRT3?

    Klik jawapan »

110) IMPLIKASI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT, FTA) MALAYSIA, AMERIKA SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian FTA bersama Amerika Syarikat. Perjanjian ini akan memaksa Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tarif ke atas produk import dari Amerika . Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap penurunan hasil negeri akibat pengurangan cukai tarif ini?

  2. Apakah penilaian Kerajaan Negeri ke atas implikasi perjanjian FTA ini ke atas program kebajikan rakyat seperti kos kesihatan dan ubat , bekalan air 20m3 percuma , gaji minima?

  3. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 76(1)(a), Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan Perjanjian FTA ini tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengawal ataupun menyekat implikasi FTA terhadap rakyat Selangor ?

110) BIASISWA KURSUS KEMAHIRAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah bidang-bidang kemahiran yang telah mendapat bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria yang membolehkan sesebuah Kolej Swasta mendapatkan bantuan biasiswa berkenaan untuk manfaat pelajar di kolej mereka?

    Klik jawapan »

110) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan bulanan dan tahunan terkini yang telah ditetapkan untuk Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Ahli Dewan Negeri Pembangkang?

110) PENGLIBATAN PKNS DALAM PEMBANGUNAN PJ SENTRAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan penglibatan PKNS dalam projek pembangunan PJ sentral dan urusan berkenaan dengan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan Nusa Gapurna

    Klik jawapan »

110) NEGERI BERKEBAJIKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. ÒNegeri BerkebajikanÓ adalah konsep penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Adakah kerajaan negeri melalui kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan rakyat terhadap konsep ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah impak nyata dan manfaat yang dinikmati oleh rakyat hasil penerapan konsep ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan negeri untuk menjayakan konsep dan program ÒNegeri BerkebajikanÓ ini bagi tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

110) MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PALONG DI SEKINCHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf sistem saliran dan palong akan dilakukan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga begitu sukar untuk menaiktaraf palong yang ternyata sudah usang dan rosak?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bentuk pemantauan yang dilakukan?

    Klik jawapan »

110) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PNSB

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PNSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PNSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »