110) INSTITUSI MASJID

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan anggota jawatankuasa masjid atau surau dalam negeri Selangor yang telah diambil tindakan kerana berpolitik di dalam masjid atau surau?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan bilangan kes tindakan yang telah diambil berdasarkan sempadan DUN dalam Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

111) PROGRAM KEUSAHAWANAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah dan inisiatif yang diberikan kepada golongan belia dan ibu tunggal untuk mula berniaga?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah usahawan belia dan wanita mengikut kawasan yang telah mengikuti program pinjaman hijrah

    Klik jawapan »

111) MASJID-MASJID DI SELURUH SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci berapa buah Masjid di seluruh Selangor yang dalam peringkat perancangan dan bilakah ia akan dimulakan pembinaannya?

  2. Bagi memastikan pembinaan masjid ini lama ditangguhkan apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyegerakan pembinaannya yang telah pun mempunyai tanah untuk didirikan?

  3. Berapakah anggaran peruntukan terendah dan tertinggi yang dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi kos membaik pulih serta kos penyelenggaraan bagi sesuatu masjid?

111) LESEN PENIAGA KECIL

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah lesen-lesen yang telah diluluskan oleh PBT bagi peniaga-peniaga kecil di setiap PBT bagi tahun 2010 dan suku tahun pertama 2011.

    Klik jawapan »

111) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah tabung amanah yang dimiliki oleh MPKj dan berapakah nilai yang disimpan dalam setiap akaun tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tujuan dan kaedah penggunaan setiap tabung tersebut?

    Klik jawapan »

111) ELAUN SARAAN WAJIB

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Selangor sepatutnya menerajui usaha memberdaya kebajikan rakyat dengan membayar elaun saraan wajib sebanyak RM1,500 sebulan. (a) Kerajaan Persekutuan : RM300.00 (b) Kerajaan Negeri : RM200.00 (c) GLC Persekutuan : RM450.00 (d) GLC Negeri : RM350.00 (e) Zakat Negeri : RM200.00 Jumlah: RM1,500.00. Bolehkah cadangan ini dilaksana? Jika tidak apakah penghalangnya?

111) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kos perbelanjaan Kerajaan Negeri yang sebenar mengikut tahun sejak program air percuma dilaksanakan pada tahun 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula perlaksanaan program air percuma? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

111) KERAJAAN TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah dan dari aspek-aspek apakah pendengaran awam SELCAT menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat telus dan bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dan dari aspek-aspek apakah klasifikasi semula maklumat melalui kuasa Seksyen 2A OSA menjadikan pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat telus dan bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Enakmen FOI akan hanya dilaksanakan di peringkat jabatan dan agensi Kerajaan Negeri tetapi tidak kepada PBT dan GLC?

    Klik jawapan »

111) PEMBERSIHAN SUNGAI DAN PEMBANGUNAN TANAH DI TEBING SUNGAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan pembersihan sungai oleh Kerajaan Negeri khususnya di Lembah Klang?

    Klik jawapan »

  2. Apa pula perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan tanah-tanah di tebing sungai di Lembah Klang?

111) KECURIAN PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri dikatakan mahu mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi membanteras kecurian pasir. Nyatakan keahlian dan terma rujukan jawatankuasa khas tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik aduan dan tangkapan membanteras masalah tersebut mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pendekatan yang akan digunakan untuk membanteras kegiatan kecurian dengan berkesan?

    Klik jawapan »