111) ISU PERKUBURAN ISLAM DI BUKIT PERMAI II, DUN TERATAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak kerajaan akan memperuntukkan zon buffer sebanyak 1 km dari kawasan perkuburan berkenaan demi menjaga pantang sesetengah penduduk setempat

    Klik jawapan »

  2. Bilakah jalan-jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan akan dibina?

    Klik jawapan »

111) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Pantai Batu Laut merupakan satu pantai yang berada di kawasan Tg Sepat. Pelancongan telah menjadi salah satu sumber ekonomi bagi kawasan ini. Pendapatan yang di peroleh dari sektor ini meningkat dengan banyaknya pada setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?

    Klik jawapan »

  2. Di kawasan Batu Laut, terdapat banyak tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan individu yang tidak digunakan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan ataupun pelancongan yang berkaitan dengan kesihatan/pendidikan?

    Klik jawapan »

111) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kos perbelanjaan Kerajaan Negeri yang sebenar mengikut tahun sejak program air percuma dilaksanakan pada tahun 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula perlaksanaan program air percuma? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

111) PEMBERSIHAN SUNGAI DAN PEMBANGUNAN TANAH DI TEBING SUNGAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan pembersihan sungai oleh Kerajaan Negeri khususnya di Lembah Klang?

    Klik jawapan »

  2. Apa pula perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan tanah-tanah di tebing sungai di Lembah Klang?

111) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dijual kepada anak-anak syarikat dari tahun 2008-2015.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah harga tanah yang dijual dan perbandingan dengan harga semasa?

    Klik jawapan »

111) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan program latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan program tersebut dan bilangan belia yang telah terlibat dari 2008 hingga kini mengikut DUN?

    Klik jawapan »

111) PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PELAJAR UNISEL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian di dalam Isu MBI-Jana Niaga Sdn Bhd yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut pada bulan Mac 2014 kerana kegagalan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Benarkah Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang telah ditamatkan kontrak menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian, didakwa mendapat pampasan kewangan dan kontrak baru daripada UNISEL pula?

    Klik jawapan »

111) KRISIS AIR SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah segera Kerajaan Selangor untuk mengatasi kekerapan gangguan air di Semenyih dan kawasan lain di Selangor sebelum siapnya Langat 2?

    Klik jawapan »

  2. Mengapa sebegitu banyak kes paip pecah berlaku hampir setiap hari dan ia menyebabkan gangguan bekalan air terutama pada Julai 2015?

    Klik jawapan »

111) HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berikan perincian status terkini pembangunan di kawasan hutan simpan ini.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status penggantian hutan simpan ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri ada mendakwa mana-mana pihak yang merosakkan hutan ini?

    Klik jawapan »

111) KECURIAN PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perlombongan pasir dan adakah pihak-pihak tersebut berkemampuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah benar kegiatan pencurian pasir atau perlombongan haram ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap?

    Klik jawapan »