111) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini perlaksanaan Projek Rumah Milik di Negeri Selangor ?

  2. Sila nyatakan berapakah perbezaan kos pembinaan bagi setiap unit Rumah Mampu Milik di Bandar dan di desa serta berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh pihak Kerajaan ?

  3. Sila senaraikan jumlah bilangan dan lokasi perancangan pembinaan Rumah Mampu milik oleh Kerajaan Negeri dan pihak swasta di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

111) RIZAB SIMPANAN WANG DAN HARTANAH PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai rizab simpanan wang di setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang

  2. Meminta satu senarai hartanah dan bangunan yang dimiliki setiap PBT sehingga sekarang serta nilai pasaran semasanya

111) Program Ceria

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah yang dibelanjakan untuk Program Ceria sejak 2018. Apakah jumlah projek yang dilaksanakan sejak 2018 mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan buka program Ceria untuk Pangsapuri Kos Sederhana untuk tahun depan?

    Klik jawapan »

111) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Bolehkah peruntukan Peduli Sihat ADN digunapakai untuk pendaftaran Bantuan Sihat Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah sistem pendaftaran Bantuan Sihat Selangor juga dilakukan secara manual bagi memudahkan pemohon untuk mendaftar bagi mereka yang tidak mempunyai jalur lebar dan komputer?

    Klik jawapan »

  3. Bolehkah permohonan Bantuan Sihat Selangor dibuka sepanjang tahun agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan tanpa menunggu selang waktu pada setiap hujung tahun?

    Klik jawapan »

111) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DAN PEMBANGUNAN TAK TERKEKANG DI PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Menteri Besar akan melaksanakan penghentian sementara / 'moratorium' sebagai satu langkah untuk mengkaji semula keadaan keseluruhan di Petaling Jaya sebelum melakukan sebarang pembangunan atau pembandaran semula?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Pernahkah kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui kesan-kesan baik dan/atau buruk, sekiranya pembangunan tak terkekang masih dibenarkan untuk berterusan dan jika ya, apakah penemuan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

111) RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GENERASI MUDA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda, elemen utama ialah pangkalan data kadar nisbah pemilikan rumah. Apakah Kerajaan Negeri sudah mempunyai pangkalan data tersebut dan berapakah rumah mampu milik ini yang akan dibina untuk maksud tersebut?

    Klik jawapan »

111) SKIM HPIPT ANAK SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sebagai galakan dan kebajikan kepada pelajar. Bolehkah bayaran dibuka kepada setiap pendaftaran peringkat pengajian Diploma & Ijazah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah halangan untuk menetapkan tempoh 2 minggu kelulusan dan bayaran selepas serahan borang dan dokumen lengkap?

    Klik jawapan »

111) PERKHIDMATAN TEKNOLOGI ÔWIRELESSÕ

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah persediaan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan semua golongan penduduk di kawasan Pelabuhan Klang tidak ketinggalan di dalam menikmati perkhidmatan teknologi ÔwirelessÕ yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa tahun lagi?

    Klik jawapan »

111) PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kenapa sehingga hari masih terdapat banyak aduan terhadap perkhidmatan kutipan sampah di PBT-PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kontraktor telah ditamatkan kontrak kerana tidak berprestasi baik?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah wang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dalam pembelian kompaktor dan bilangannya?

    Klik jawapan »

111) PROJEK KECIL MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DALAM DUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menetapkan agar satu peratusan tertentu peruntukan MARRIS ADN di bawah pihak PBT untuk syarikat-syarikat kecil G1 dalam di DUN itu sahaja?

    Klik jawapan »